Tuesday, October 19, 2010

TERIMALAH HAKIKAT


PERPECAHAN PKR, BERANTAKAN PAS DAN DAP TIDAK MENGHALANG UMNO DARIPADA BERKUBUR

UMNO sekadar berpeluk tubuh meraikan perpecahan pembangkang

Ini pandangan aku. Mintak maaflah. Bila timbul masalah dalam parti pembangkang UMNO punyalah seronok. PKR sejak awal cempera. PAS juga tidak aman dah bertahun tahun. Krisis Presiden dan Mursyidul Amnya diketahui umum.

Ramai Ahli Parlimen pembangkang keluar parti. Tapi apa faedahnya kepada UMNO ? Tak ada.

Aku baca wawancara Mingguan Malaysia dengan Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda. Korang tengok 3 teras utama Pemuda

1. Menambat hati pengundi muda
2. Menambat hati pengundi bukan Melayu
3. Mempertahankan pengundi sedia ada

Apa rumusan yang boleh dibuat daripada wawancara ini ?
Tidak ada apa yang dibuat oleh Pemuda Umno. Kalau adapun tak dapat dibuktikan. Sedangkan hakikatnya menang kalah pilihanraya berdasarkan angka.

Cakap secara umum tidak akan membantu apa apa. Kalau kita tanya Khairy berapa orang pengundi muda atau pengundi bukan Melayu yang telah dipikat, dah tentu kita tak dapat jawapannya.
Tiada angkanya. Sebab angka hadir hasil usaha. Apa usaha Pemuda ? TIADA.

Jadi tak usahlah harap kita akan menang.Runtuhpun PKR, PAS atau DAP mereka tetap dapat undi kerana mereka bekerja ke arah itu. Mereka FOKUS. Inilah yang UMNO tak ada. FOKUS.

Kita harap, persidangan kali ini akan lebih fokus. UNDI. Tiada benda lain yang akan menangkan kita selain UNDI. Percayalah

2 comments:

udanggalah said...

Jangan pulak lepas persidangan masing-masing bertebaran mencari projek tanpa menghiraukan agenda pemuda yang dilaung-laungkan ...

anaklangkawi said...

Syiok sendiri adalah aku tgk kenyataan Ketua Pemuda.. kata xnak jawatan. tapi mintak lebih tanggungjwb..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...