Saturday, October 2, 2010

HADI AWANG KENA KIFARAH

PRESIDEN DALAM BUANGAN TERHUKUM DI TERENGGANU!!

Aku anggap Haji Hadi ni Presiden dalam buangan. Kawan aku dalam PAS kata Hadi langsung tak ada hak atau kuasa buat keputusan dalam PAS. Kalau dia cakap soal perpaduan pagi, petang dia kata perpaduan tidak perlu, sebab tengahari dia kena tegur dengan Nik Aziz.

Sekarang ni dia jarang cakap isu isu besar . Isu Nasional dia diarahkan melepaskan tanggungjawab itu kepada Mahfuz Omar kerana Mahfuz kalau tersilap cakap pun orang semua tahu tahap keilmuan dia yang rendah.

Atau kalau ada isu yang lebih besar akan diserahkan kepada Tok Guru Nik Aziz sebab orang PAS percaya bila Nik Aziz cakap orang akan percaya. Ini jangkaan PAS lah. Sebab orang kata Nik Aziz keramat. Pakai kereta buruk, duduk rumah buruk, pakai baju pagoda dan sebagainya.Yang elok elok, mahal mahal orang PAS tak tau.

Jadi Hadi ni hanya bercakap dalam majlis PAS sahaja. Tapi kalau ALLAH nak tunjuk di mana mana pun boleh buat silap. Silap pulak bukan kecil punya silap, silap besar yang memang selalunya tak akan berlaku jka yang bercakap tu tahap presiden, walaupun dalam buangan.

Ini berlaku di majlis penutup Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS, malam tadi. Kononnya 5000 orang peserta hadir. Dia orang kira jari kot .Banyak perkara aneh Hadi cakap,

1. Dia kata PAS parti memimpin bukan dipinggir bila capai kemenangan. Ya ALLAH..dah habis semua dasar, dah tak berani sebut hudud, dah kongsi kalimah ALLAH dengan orang Kristian, dah kongsi ayat Al Quran, Hadi kata PAS parti memimpin.

2. Dah setengah mati berjuang untuk kemerdekaan, dah merdeka kumpulan Islam kena pinggir. Apa ni ?PAS masa tu belum lahir, UMNOlah kumpulan Islam. Bila pulak kena pinggir. Dah nak buat fatwa baru pulak ke ?

3. Yang paling kesian dia kata ahli PAS BEBAL ! Yang bebal ni maksud Hadi ialah yang nak pahala je. Main tu. Nak pahala dianggap bebal. Yang tak bebal macam Hadilah .Kereta besar, baru, isteri kecil molek ,baru juga. Harta menambun. Yang bebal dapatlah pahala, itupun PAS yang bagi.

4. " Kita perit dizalimi, pila kita perintah kita tak akan menzalimi". Di Kelantan dah 20 tahun perintah. Rakyat minum air karat ,Tok Guru minum ' jus Tok Guru '. Tok Guru minum air mineral. Tak zalim lagi ?

Ya Rabbi.. Haji Hadi bertaubatlah. Lihatlah peringatan yang ALLAH berikan kepadamu. Bertaubatlah sebelum orang bertanya,
" KENAPA PRESIDEN AKU NI, MACAM NYANYUK JE ?"

1 comment:

udanggalah said...

Masih layakkah jadi Presiden?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...