Friday, October 15, 2010

IKUT CARA NAJIB



ZAMAN BERUBAH, KEADAAN BERUBAH, KITA JUGA WAJIB BERUBAH.

Hakikat bahawa UMNO ditolak kerana tidak dapat merasai denyut nadi rakyat acapkali disuarakan oleh Presiden Parti, DS Najib Tun Razak. Maka kita dapat melihat pendekatan Najib yang amat mesra rakyat dan sangat ' ke bawah ' sifatnya.

Salah satu ciri ' ke bawah ' yang saya maksudkan ialah mendengar suara hati rakyat. Inilah kelebihan Najib. Bersedia mendengar walaupun barangkali agak pahit.

Aku yakin sangat kalau semua pemimpin kita sanggup jadi pendengar, pasti sebahagian masalah akan selesai. Mana kita ada pilihan sebab kita berada dalam gelanggang demokrasi.

Demokrasi bermaksud pilihanraya dan undi. Kalau ramai orang undi kita kita akan menang, begitulah sebaliknya. Kejayaan kita mendengar aku yakin sedikit sebanyak akan membantu kita mendapatkan undi.

Eh..apa pasal benda ini aku timbulkan ? Aku merujuk kepada laporan polis Rocky's Bru oleh Datuk Rais Yatim. Barangkali Rais Yatim ada asas untuk tidak berpuas hati dengan artikel Rocky's. Bagaimanapun aku jelas artikel itu bukan TUDUHAN TETAPI PERTANYAAN.

Keyakinan aku yang kedua ialah kedua dua tokoh ini adalah dalam gelanggang yang sama . PEJUANG MELAYU. Sementelahan saling pula mengenal. Tentunya Rais Yatim pada bila bila masa boleh BERTANYA perkara ini.

Kemudian Rais baru sahaja mengaku KEKURANGAN PAKAR MENYEBABKAN BANYAK BLOG YANG DILIHAT ANTI KERAJAAN, MENGHASUT TERLEPAS BEGITU SAJA.

Ini adalah pengalaman pertama blogger kita, rasanya. Duduklah berbincang. KITA TAK BOLEH KEHILANGAN SESIAPA KERANA HAKIKATNYA KITA SEMAKIN KURANG PEJUANG.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...