Wednesday, October 20, 2010

PAS GELABAH BERUK DI GALAS


Jaga jaga. Kes Lama pun belum selesai..

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa


Sebab itu jangan berpolitik berasaskan nafsu. Jangan sama sekali cuba menipu ALLAH. Akhirnya ALLAH akan turunkan hukuman di dunia ni juga dengan disaksikan oleh orang ramai yang mahu berrfikir.

Bila aku kata PAS telah diresapi komunis, ada orang marah kepada aku. Tapi aku cakap dengan bukti dan dalil. Aku bukan Mat Sabu atau Mahfuz Omar yang cakap ikut sedap mulut.

Salah satu kaedah komunis ialah menggunakan sepenuhnya ' rasa marah, benci atau kecewa ' untuk memaksa rakyat bangkit memberontak menentang kerajaan yang sah.

Korang tentu tahu, secara tiba tiba sekumpulan orang asli telah dibawa mengadakan sidang media mengutuk kerajaan kerana menolak usul Ahli Parlimen Teluk Kemang untuk memasukkan ' orang asli ' dalam peruntukan 153 dan 160 Perlembagaan Malaysia.

Persoalannya kenapa sekarang ? Selama ini PAS berkempen di seluruh negara mengatakan perlembagaan ini adalah perlembagaan sekular. Selama ini PAS hanya mengiktiraf Al Quran sebagai perlembagaan.

Sebenarnya PAS amat terdesak. Husam Musa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Orang Asli mungkin jadi calon di Galas jika ada yang sesuai dan layak. Sebenarnya ini adalah ' cakap jahat ' Husam untuk dapatkan sokongan orang Asli.

Bila sampai masa, PAS tak dapat cari calon Orang Asli. Maknanya kepada PAS

1. Tak ada orang Asli yang layak
2. Tak ada orang Asli yang sesuai.

Kenyataan Husam mengguris hati masyarakat Orang Asli. Orang Asli bangkitkan rasa malu dan kecewa. Untuk tunjukkan mereka pertahankan orang Asli maka usul ini dibawa.

Usul itu sendiri sebenarnya satu penghinaan sebab orang Asli adalah Bumiputera. Tiada pertikaian terhadap hak mereka. Tak perlu ubah apa apa kerana inilah praktis kerajaan UMNO/ BN sejak dahulu lagi.

Husam dah gabra. Menutup penipuan dengan penipuan yang baru. Semasa aku pergi ke Galas baru baru ini dan bertemu masyarakat Orang Asli, aku diberitahu sebenarnya pemimpin PAS tak pernah datang pun.

Maknanya wayanglah. Atau Husam nak tunjuk dia ada kuasa buat keputusan. Sebenarnya tak. Yang ada kuasa dalam PAS, Nik Aziz seorang je. Yang lain tu kira ' pak pacaklah '.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...