Sunday, October 24, 2010

TUN SENTIASA BERADA DI TEMPAT DAN MASA YANG TEPAT


KEHADIRAN TUN MAHATHIR ADALAH MEMUNCAK KEYAKINAN

Antara perkara paling penting dalam sesi penggulungan Persidangan UMNO semalam , selain kemantapan Presiden menggulung ialah kehadiran Bapa kita semua Tun Mahathir dan isteri Tun Siti Hasmah.

Aku sebak melihat Siti Hasmah dipimpin ke tempat duduk. Aura mereka meresap bukan sahaja di dalam dewan tetapi di dalam hati umat Melayu. Lihatnya senyum mereka sepanjang Najib bercakap.Senyum yang lahir dari hati yang tulus.

Percayalah kepada aku. Menggigil seluruh tubuh Anwar Ibrahim melihat kelibat Tun, menangis Wan Azizah melihat Tun Dr Hasmah yang sentiasa melayannya seperti ibu melayan anak.

Sebab itu Najib mantap. Sebab itu Najib kuat dan berani. Inilah beza Najib dengan Pak Lah. Najib tidak cuba menyaingi Tun sebaliknya belajar daripada Tun. Inilah hebatnya Najib.

Aku dan semua orang Melayu yang kasihkan agama, bangsa dan tanahair akan terus menyokong Najib dengan seluruh jiwa raga kerana antaranya kerana santun Najib yang tiada tolok bandingnya.

Syabas Najib, terima kasih Tun


1 comment:

udanggalah said...

DS Najib permata yang digilap oleh Tun...kini ibarat cincin dengan permata antara keduanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...