Thursday, October 28, 2010

PAS TUMPU KEMPEN KEPADA PENGUNDI CINA


TAKUT NAK BERDEPAN PENGUNDI ISLAM

Jentera Pakatan Penipu yang diketuai oleh DAP sedang bertungkus lumus menghasut pengundi Cina di Galas dalam usaha untuk mempastikan calon mereka tidak kehilangan deposit dalam Pilihanraya Kecil ini.

Mereka yang menyedari akan gagal mempertahankan kerusi ini meletakkan sasaran menyelamatkan deposit sahaja setelah cubaan untuk menggagalkan pencalonan calon BN tidak berjaya.

Menurut sumber dalaman PAS , jentera PAS tidak dapat mempengaruhi pengundi Islam kerana pengundi tidak dapat menerima ' pakatan PAS dan DAP'.

Banner yang dikatakan disediakan oleh jentera BN sebenarnya digantung oleh orang dalam PAS sendiri. Kenyataan tegas Karpal Singh tentang Islam nyata memberi kesan yang sangat besar kepada pengundi.

Hakikatnya pengundi berasa tertipu selama ini. Pengorbanan mereka hidup dalam keadaan sukar ' DEMI ISLAM YANG PAS JANJIKAN' jelas tidak berbaloi.

Sebaliknya tanpa sebarang janji, kerajaan UMNO/BN pula yang datang membawa perubahan. Sekiranya perkembangan ini berterusan , mereka menjangkakan keputusan PRU 13 nanti pasti memeranjatkan.

Dalam masa yang sama kepimpinan PAS dikatakan menyinggung perasaan pengundi apabila tokoh tokoh DAP lebih banyak bercakap dalam kempen mereka.

Catatan : Aku rasa masanya dah sampai, UMNO akan kembali mengusai Kelantan dengan syarat SETIAP BATANG TUBUH AHLI DAN PEMIMPIN UMNO DAPAT DIPERBAIKI.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...