Monday, October 11, 2010

ARAHAN KEPADA PETUGAS PAS


ELAKKAN SEBARANG KUPASAN/ ULASAN MENGENAI ISU NEGERI.

Kota Bahru , 10 Oktober- Pihak pimpinan PAS Pusat telah mengeluarkan arahan secara lisan kepada para petugas PAS samada penceramah, perayu undi dan petugas lain agar mengelakkan diri daripada memperkatakan isu isu berkaitan Kerajaan Negeri Kelantan dalam kempen mereka di Galas.

Menurut laporan, para petugas akan dibekalkan dengan bahan yang melibatkan isu nasional termasuk isu isu yang berlaku dalam tahun 80 an.

Para petugas diminta mengadakan kempen ziarah ke rumah rumah dan memberi penekanan kepada ' Hukum Hudud dan Penganiayaan terhadap Sekolah Agama Rakyat '

Sekiranya ditimbulkan isu berkaitan kebajikan rakyat, petugas diarahkan untuk meletakkan kelemahan itu kepada Kerajaan Pusat.
Para Petugas juga diminta sentiasa berhubung dengan bilik Gerakan Pilihanraya untuk mendapatkan maklumat terkini.

Buat masa ini hanya petugas khas sahaja dibenarkan berkempen kepada masyarakat Cina. Mereka dijangka akan mendapat taklimat khas untuk mereka sahaja. Taklimat yang akan dikendalikan oleh DAP ini akan dijalankan dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, maklumat sulit juga diperolehi tentang masalah peruntukan pilihanraya kerana pergolakan yang berlaku dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan kesan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ).

Dalam masa yang sama Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub telah tidak dibenarkan terlibat dalam kempen kerana masalah peribadi.


Catatan : Maklumat di atas diperolehi daripada Ibu Pejabat PAS Pusat

Ulasan Aku : Aku yang sebetulnya malas nak ulas laporan ini. Aku tahu apa yang dilaporkan memang berlaku. Masalahnya aku tak nampak ada usaha bersungguh sungguh daripada UMNO untuk menjawab isu isu ini dan dalam masa yang sama mendedahkan penyelewengan yang dibuat. Aku bimbang apabila kita leka, kita membenarkan agama dijual beli, kemudian subur jiwa hamba dalam diri rakyat Kelantan.

Jiwa hamba ni pulak bukan kepada ALLAH RABBULJALIL tetapi kepada Nik Aziz . Pemujaan sebahagian orang dengan restu Nik Aziz sendiri dah jadi semacam pemujaan orang kepada Ayah Pin. Tidakkah ini sesat dan menyesatkan ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...