Monday, October 11, 2010

KALAULAH KHAIRY SETEGUH NAJIB



MANTAP , JELAS DAN BERANI, KUALITI YANG NAJIB MILIKI TETAPI TIDAK KHAIRY WARISI.

Ucapan YAB Datuk Seri Najib sewaktu Persidangan MCA amat memeranjatkan khasnya pemimpin dan ahli MCA sendiri. Ucapan mantap, jelas , tegas dan paling berani pada pandangan aku.

Resolusi Persidangan Pemuda MCA tidak sedikitpun mengganggu Najib. Tekanan yang dikenakan kepada UMNO sedikitpun tidak menjejaskan aura Najib sebagai pemimpin besar.

Sebagai orang Melayu Islam yang percaya dan yakin hanya UMNO yang mampu memimpin negara, sudah tentu aku berasa sangat bangga. MCA, Gerakan dan MIC juga komponen yang lain perlu menghayati ucapan najib.

1. Usah menakut nakutkan Najib dan UMNO dengan kemungkinan Cina tidak menyokong BN. Najib telah tahu dan MCA wajib bertanggungjawab.

2. Jangan paksa UMNO dan orang Melayu sahaja beralah. MCA usah terlalu demanding sedangkan tidak pula memberi apa apa. NAJIB SEDAR PERKEMBANGAN INI.

3. Usah sekadar berjanji kosong. Buktikan dengan undi masyarakat Cina.

4. Jangan pertikai 1 Malaysia. Semua kaum adalah rakyat NAJIB, rakyat Malaysia.

5. Usah sekadar berjuang untuk Cina. UMNO berjuang untuk semua.

Ucapan Najib keramat. Menutup dan menyimpul. Usah berprasangka. Usah helah berhelah. segalanya dalam pengetahuan.

Mintak maaflah kerana aku terfikir. Mengapalah Khairy sebagai Pengerusi Pemuda Barisan nasional tidak seperti Najib. Atau sekurang kurangnya 1/100 daripada Najib. Ini tidak. Sesekali aku rasa seolah olah Khairy ketua pemuda MIC atau MCA pulak.

Berubahlah..berubahlah demi agama, bangsa dan negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...