Tuesday, October 26, 2010

MURSYIDUL AM PAS BUKAN SEORANG' MURSYID'

SABAR TENANG DALAM SEGALA SITUASI, NIK AZIZ ADA KE CIRI CIRI INI ?

udanggalah BIJAK MEMBUKA GELANGGANG


Aku pada awalnya memilih untuk tidak membicarakan hal hal berkaitan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat secara ilmiah. Aku khuatir perbincangan yang tulus ikhlas akan mendatangkan impak memalukan kita umat Islam seluruhnya.

Tapi apabila udanggalah mengatakan bahawa dia keliru " Siapakah yang sebenarnya berkuasa di dalam PAS" , maka aku tahu udanggalah ingin mengajak kepada perbincangan lebih serius bagi menyelamatkan Islam itu sendiri.

Ini adalah permulaan. Mursyidul berasal daripada kata irsyada yang membawa maksud memberi tunjuk ajar.

Dari sudut 'makna amalan' Mursyidul bermaksud

1. Memimpin dan membimbing pengikut sehingga sampai ke tahap taqwa kepada ALLAH. ( Dengan lisan )

2. Memimpin dan membimbing pengikut sehingga sampai ke
tahap taqwa kepada ALLAH ( Dengan akhlak dan amalan )

3. Memimpin dan membimbing pengikut sehingga sampai ke
tahap taqwa kepada ALLAH ( Dengan doa )

Untuk menjadi seorang Mursyid beberapa syarat yang wajib dipenuhi.

1. Mempunyai tahap taqwa yang tinggi dan maksimum ( Hanya ALLAH yang mengetahui tetapi dapat dilihat melalui cara hidup )

2. Mempunyai ilmu yang tinggi dan jelas tanpa unsur mengelirukan.

3. Waraq - Dapat dilihat walaupun tidak cuba ditunjuk tunjuk.

4. Apa sahaja yang diucap dan dilakukan tiada unsur lain selain Al Quran dan Sunnah.

5. Tidak bercakap atas kepentingan yang lain selain agama. Jauh sekali daripada bersikap memihak kepada mana mana kepentingan selain agama.

Selain daripada itu ada beberapa panduan yang bole digunakan bagi menilai layak atau tidak seseorang di gelar Mursyid.

1. Sangat sabar dan tenang ketika berhadapan dengan saudara, sahabat atau musuh dan menjadikan dakwah sebagai matlamat.

2. Sentiasa berbuat kebajikan membelakangi kepentingan diri dan kaum keluarga.

3. Tidak sama sekali bersifat sombong, bongkak dan takbur ( Atau kelihatan begitu )

4. Wajah sentiasa berseri dan tersenyum dalam apa jua keadaan.
( Lihat wajah Tun Mahathir- pada bila bila masa YA ALLAH, berseri sangat )

Inilah ciri seorang Mursyid. Korang nilailah sebenarnya layakkah Nik Aziz dianggap, diangkat sebagai Mursyid?

Menjawab soalan siapakan yang berkuasa di dalam PAS aku ingin memaklumkan bahawa yang paling berkuasa ialah NIK AZIZ. Dia yang dilantik melalui mesyuarat Majlis Syura secara praktisnya jauh lebih berkuasa daripada Presiden yang dilantik oleh ahli.

Ini sebenarnya adalah ' kisah dalaman PAS ', tetapi apabila mereka mewar warkan Nik Aziz sebagai ' MURSYID ' dan disambut dan diraikan oleh DAP ( yang hakikatnya memperolokkannya ), maka kita sebagai orang Islam wajib menentangnya kerana ini telah meletakkan Islam sangat rendah dan memalukan.

'Islam amat tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya'.
Terima kasih udanggalah.

1 comment:

udanggalah said...

Terima kasih kembali...Memang aku nak suruh buka gelanggang.Aku yakin Pak Luncai punyai ilmu yang aku dambakan...aku nantikan siri selanjutnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...