Wednesday, October 6, 2010

BENTERAS MAKSIAT DENGAN CARA SKODENG


KETUA PENERANGAN PAS SOKONG SKODENG.

Aku dah kata dah. Orang UMNO tak payah susah susah nak cari bukti kesesatan PAS. Sampai masa ALLAH tunjukkan satu persatu. Orang UMNO khasnya PEMUDA dan PUTERI beri tumpuan tambah pengundi.
4 juta yob, yong. Tak payah buat kerja lain.

Kerja menambah pengundi ni mudah . Jauh lebih mudah daripada nak buktikan PAS sesat. Anak muda sekarang ni boleh menilai, boleh berfikir. Cuma korang kena jaga kaedah komunikasi, jaga penampilan. Kalau korang tunjuk lagak diaorang tolak awal awal lagi.

Kalau Najib Presiden boleh merendah diri apa lagi korang yang baru nak berpucuk. Ayuh mula sekarang. Sesat PAS tak payah nak kelam kabut cari.

Tengok.. hari ni ALLAH dah butakan hati perut Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS yang geli nak jadi calon di Galas. Korang bayangkan dia boleh ucap tahniah kepada Kerajaan Selangor kerana nak pasang CCTV di pusat pusat hiburan di Selangor.

Ya Rabbi..dia kata pasang CCTV di pusat hiburan boleh cegah maksiat.
Kerajaan Barisan Nasional tak terfikirpun nak pasang CCTV, katanya.
Yang aku nak tergelak, sempat juga dia ni guna nama Tuhan. Dia kata nanti depan Tuhan nak kena berjawab.

Apalah malang PAS ni. Dapat Ketua Penerangan tak ada akal. Al Fadhil..
dengar ni , aku nak nasihat. Mengintai , mengendap adalah maksiat. Maksiat tak akan dapat diatasi dengan maksiat yang lain. Korang tutup je pusat hiburan tu kalau korang berani.

Tak usah nak salahkan BN. Sekarang korang yang perintah. Tak ada alasan lagi. Tutuplah. Tinggalkan satu je CCTV. Pasang di Hotel Puduraya. Baru betul.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...