Thursday, September 30, 2010

PINTU JIHAD TELAH TERBUKA




DUN GALAS BUKAN SEKADAR KERUSI

PAS menganggapnya wajib dimenangi walaupun terpaksa menyembah UMNO. PAS menganggapnya sebagai petanda rakyat masih menyokongnya. PAS menganggap Kerusi Galas sebagai kayu ukur kejayaan mereka menyemai kebencian kepada UMNO dan kerajaan.

PAS menganggap DUN Galas menjadi bukti kejayaan mereka menyemai benih taksub kepada pemimpin Agung mereka. PAS perlu menang di Galas kerana kemenangan akan menjadi bukti bahawa agama adalah alat paling berkesan bagi mencapai matlamat mereka.

amalan nepotisme dan kronisme untuk rakyat Kelantan

PAS perlu menang bagi membuktikan penyelewengan mereka tidak diketahui oleh rakyat. PAS perlu mendapat pengesahan baru bahawa walaupun mereka menggadai prinsip, namun rakyat tetap berpihak kepada mereka.

PAS perlu dan wajib menang kerana kemenangan ini akan membawa makna bahawa rakyat redha ditipu dan diperbodohkan.

rakyat hanya perlukan akidah dan sahsiah yg bersih



UMNO juga perlu menang. UMNO perlu menang bagi membuktikan bahawa UMNO telah belajar daripada pengalaman masa lalu. UMNO perlu menang kerana kemenagan akan mengangkat kembali ' jiwa dan roh ' ahli dan pemimpin UMNO. UMNO perlu menang kerana kemenangan akan memberikan UMNO kuasa.

Dengan kuasa UMNO telah angkat martabat agama,
Dengan kuasa UMNO telah pertahan maruah bangsa,
Dengan kuasa UMNO telah julang imej negara.

Ayuh pemimpin dan ahli UMNO,

' Berniatlah sekarang, berniatlah bahawa kali ini kita akan berkempen, bekerja keras dengan seluruh daya upaya yang kita ada. Kita berniatlah akan berusaha sedaya upaya untuk memenangkan siapa jua calon yang diletakkan oleh pucuk pimpinan'.

' Berniatlah untuk menang. Kemenangan akan meruntuhkan , riak , takbur, dan penyelewengan yang tiada batasnya. Berniatlah untuk menang kerana mencapai kemenangan merupakan satu jihad. Namun jangan terfikir untuk membunuh saudara kita yang sesat. Bawalah mereka kembali ke pangkal jalan.

Jangan turuti HAJI HADI, menyeru dibunuh saudara seagama tetapi menjulang orang kafir.

Berniatlah sekarang. NIAT JUGA ADALAH PERMULAAN SUATU JIHAD.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...