Monday, September 6, 2010

TERIMA KASIH TUN


Baru baru ini sekali lagi mantan Perdana Menteri yang kita kasihi, Tun Mahathir melahirkan kebimbangannya jika Gagasan 1 Malaysia gagal capai matlamat kerana gagal difahami. Ini bukan kali pertama kebimbangan ini dilontarkan. Terima kasih Tun.

Sebagai orang politik aku rasa pimpinan kita kena sensitif dengan perkara begini. Bila orang semacam Tun risau sesuatu gagal difahami maknanya memang orang tak fahamlah. Orang tak faham sebab tak ada usaha nak bagi orang faham.

Gagasan seindah dan secantik 1 Malaysia tak boleh nak disemai, ditanam dan dipasak dalam jiwa dengan pertandingan mencipta lagu. Tak cukup. Aku pening kepala tengok Najib sorang yang pulun dengan Muhyiddin.

Menteri lain man?. Nganga melopong. MCA dan MIC apa program korang buat. Cina kampung baru tahuke 1 Malaysia? Aku bimbang sangat bila pegawai banci laporkan ada ramai Cina tak tahu cakap Melayu. Jadah apa korang buat duit di Tanah Melayu, cakap Melayu tak tahu pun.

Nak bagi faham 1 Malaysia ni ada banyak cara. Dulu masa DEB diperkenalkan semua peringkat pimpinan UMNO sampai ke akarnya diberi taklimat, penerangan. Perikatan masa tu tak habis habis beri penjelasan. Ada orang tak setuju DEB bukan kerana dia tak faham tapi memang kerana dia buta perut.

Aku langsung tak nampak program yang menyeluruh dan sistematik dibuat bagi memberi kefahaman kepada rakyat. Aku secara mata kasarpun dah nampak gagasan ini kalau dapat dilaksanakan, kita tak perlu risau apa apa. Hak semua rakyat tak kira apa bangsapun memang terpelihara.

Aku mintak maaflah. Menteri terutamanya mesti berfikir. Kalau kamu menteri sukan , tingkatkan pencapaian sukan dan dalam masa yang sama serapkan 'roh 1 Malaysia' semasa bersukan.

Kalau kamu Menteri Perdagangan, jaga pengguna dan peniaga dan dalam masa sama ' roh 1 Malaysia' disemaibiak semasa berusniaga tu.

Kalau kamu Menteri Keselamatan, jaga keselamatan tapi jangan lupa bercakap dan serapkan semangat 1 Malaysia bila bercakap soal keselamatan.

Ini namanya stretegi. Ini namanya menikmati ' kebijaksanaan pemimpin dan gagasan gagasan yang dilahirkannya'. Sekarang masa buat kerja. Kalau kerja betul 1 Malaysia ni boleh jadi bahan kempen yang amat baik. Kenalah bekerja.

Terima kasih Tun. Lain kali tegur lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...