Sunday, September 5, 2010

TIPAH TERTIPU LAGI..TIPAH TERTIPU LAGI..

Tipah tertipu lagi ini ialah tajuk sebuah lagu yang agak terkenal satu masa dahulu. Ia mengisahkan tentang Tipah yang selalu sangat kena tipu oleh lelaki. Selain Tipah ada lagi orang yang selalu kena tipu.

Penipuan penipuan itu pulak ialah penipuan kelas rendah yang kalau diketahui oleh orang lain , maka mangsa akan kelihatan amat koman lagi rendah pula minda dan pemikirannya. Manakala si penipu akan dianggap hebat kerana berjaya menipu dengan skala kemahiran rendah.

Orang yang aku maksudkan adalah orang Melayu Islam. Sejak zaman dahulu lagi orang Melayu Islam asyik kena tipu. Kesan penipuan itu pulak amat besar kesannya. Sultan Mansur Shah pernah kena tipu. Penipunya mamak tongkang je.

Kemudian Tun Perak pulak tipu Sultan. Sembunyikan Tuah. Kesan peristiwa ini amat besar sehingga Hang Tuah dikenali sebagai panglima Melayu yang buta perut manakala Hang Jebat pula Panglima Derhaka.

Sejarah telah wujudkan ' Hero Jahat dan Hero Baik ' Melayu yang menjadikan orang Melayu Islam percaya bahawa mereka adalah bangsa yang hebat. Sedangkan setakat ini orang Melayu asyik jadi ' Hero yang Tewas '.

Sejarah Melayu Moden pula menyaksikan penjajah Inggeris bayak kali menipu dan memperdaya Orang Melayu Islam termasuk Raja Raja Melayu. Inilah Melayu Islam. asyik tertipu dan tertipu.

Sekarang ini aku tengok orang Melayu Islam betul betul sedang tertipu. Aku jangka hasil penipuan ini akan meletakkan orang Melayu ke dasar yang hina dan memalukan. Penipuan kali ini pula dibuat secara amat licin , sistematik dan amat terancang.

Bermula dengan menipu berbaik baik dengan PAS, penipu ini menipu pula mendekati Islam sehingga mereka masuk ke surau dan masjid. Mereka juga menipu menggunakan ayat ayat suci Al Quran. Setelah puak puak PAS dapat ditakluk, penipu ini menipu pulak melalui kaedah 'menyemai kemarahan' dalam kalangan orang Melayu yang tidak bersama PAS. Mereka mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kemarahan.

Mereka mengupah orang orang tertentu menerbitkan risalah dan video bagi menyemarakkan kemarahan orang Melayu. Jadi apa penipuannya ?

1. Orang Melayu Islam dalam UMNO benar benar percaya bahawa tumpuan mesti diberi bagi menjawab segala provokasi , penghinaan dan cabaran mereka.
2. Orang Melayu Islam dalam PAS benar benar percaya bahawa dakwah mereka telah berjaya sedangkan sebenarnya mereka tidak pernah berdakwah.
3. Orang Melayu Islam dalam PAS terutama Tok Guru mereka benar benar percaya mereka dihormati sedangkan mereka hanya dijadikan badut semata mata.

Hasil kejayaan penipuan ini ialah orang Melayu Islam tidak kira apa parti sekalipun telah mengabaikan sama sekali kewajipan mereka untuk mendaftar pengundi dan menambah bilangan pengundi. DAP berada amat jauh di hadapan. Sekiranya kita terus tertipu, maka percayalah orang Melayu Islam akan menyerahkan negara tercinta ini kepada orang Cina dan bersedialah menjadi bangsat hanya kerana mudah sangat terpedaya dan tertipu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...