Thursday, September 9, 2010

CUKUPLAH TUN MAHATHIR ?

Aku mintak ampun banyak banyak. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku betul betul tak sengaja terklik ' blog yang paling disayangi DAP , Harakahdaily.net. Risau aku, komputer aku pasti dijangkiti virus. Maklumlah termasuk ke blog yang menjual agama. Dah lah terklik terbaca pulak satu artikel yang ditulis oleh seorang budak ( aku jangka dalam 10 atau 11 tahun kot )yang menggunakan tajuk di atas.

Budak ni tak berani bagi nama dia tapi dia tunjukkan sikapnya melalui nama samaran
' Mutaligat'. Pasti anak murid Nik Aziz ni. Mutaligat dari sudut bahasa ialah berputar dengan ligat. Maknanya

1. Dia ni memang kaki putar
2. Oleh kerana dia berputar dengan ligat , dia menulis dalam keadaan pening.

Ada banyak perkara yang dia komen Tun kerana pandangan Tun tentang PAS. Memanglah semua orang tahu PAS penipu sejak dulu lagi. Nik Aziz pun tahu. Tapi kalau tak tipu macamana nak jadi Menteri Besar. Bukan ada kelayakan pun.

Aku cuma nak sentuh 2 perkara.

1. Dia kata Tun dah senja. Tak payah lagi perhatikan politik. Soalnya tua Tun pun dia konsisten sejak dulu. Pandangannya tak pernah berubah. Nik Aziz ? Dalam sehari 17 kali berubah. Depan Melayu lain, depan Siam lain,depan Karpal Singh lain, depan Kit Siang lain. Siapa yang kena berhenti ?

2. Yang ini amat bahaya. Jabatan Agama kena tengok. Dia ni penyebar ajaran sesat. Ada ke dia kata PAS bawa ajaran Islam. Tak pernah aku dengar kenyataan sesat macam ni. Yang aku tahu tak ada orang lain bawak Islam selain Muhammad saw. Atau memang benar PAS ada bawak Islam yang lain selain yang sebenarnya ? Kalau begitu betullah kata Tun, PAS guna Islam untuk survival politik. Betullah tu.

Kemudian yang aku paling sedih ialah apabila Harakahdaily.net mengaku tidak berani bertanggungjawab terhadap artikel Mutaligat. Ya Allah..pegi belajar dulu Mutaligat. Kamu sebut namun Tun pun tak layak. sedarlah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...