Wednesday, September 29, 2010

PAS JUGA MANGSA SABOTAJ DAP ?


Seorang rakan lama yang mengaku ahli seumur hidup PAS telah menghubungi aku berikutan tulisan aku tentang sabotaj DAP terhadap PKR. Dia kata ada logik dan kebenaran tulisan aku. Aku nyatakan kepadanya bahawa aku hanya menulis manakala pendedahan itu dibuat oleh orang dalam PKR sendiri.

Rakan ini mintak aku tulis sikit tentang perkara yang sama yang sedang melanda PAS. DAP secara halus telah melakukan sabotaj terhadap PAS sehingga PAS sudah kehilangan ' wajahnya
yang sebenar '.

Dia mendakwa dalam banyak perjumpaan, mesyuarat atau muktamar samada di peringkat kawasan atau negeri, ahli telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan bimbang dengan apa yang berlaku sebaliknya pimpinan PAS hanya memberi jaminan bahawa segalanya berada dalam kawalan.

Aku mintak rakan ni berikan contoh. Katanya :-

1. PAS sama sekali tidak dibenarkan bercakap tentang negara Islam dan hukum hudud dalam mana mana ceramah terbuka. Sedangkan inilah matlamat perjuangan PAS sejak dahulu.

2. PAS tidak dibenarkan sama sekali mengadakan ceramah politik secara bersendirian. Sebaliknya setiap kali ada ceramah PAS, diwajibkan kehadiran salah seorang penceramah DAP.

3. Sewaktu ceramah bersama, DAP telah meminta untuk bercakap hal hal berkaitan agama bagi menggambarkan keterbukaan PAS. Contoh apabila timbul isu kalimah ALLAH.

Di samping itu ada lagi yang berlaku secara tidak langsung tetapi kesannya sangat besar kepada PAS.Sebagai contoh ada pemimpin DAP yang diajar menghafal ayat ayat tertentu untuk digunakan dalam ceramah sedangkan perkara ini tidak disenangi oleh orang lama dalam PAS.

Di Perak pula PAS telah diminta untuk tidak menggunakan lambang PAS dalam PRU 13. Semua calon PAS akan bertanding menggunakan lambang DAP. DAP menjamin calon ini akan dimenangkan dan salah seorang daripada mereka akan dilantik menjadi Menteri Besar.

Menurut rakan aku ni, apa yang berlaku sebenarnya telah meretakkan hubungan sesama ahli PAS dan kesannya mula dapat dilihat sekarang. Majlis ceramah dan majlis Hari Raya PAS didatangi oleh orang Cina dan India melebihi orang PAS sendiri.

Ceramah ceramah PAS kini sudah menjadi semacam pesta pasar malam tanpa roh.

Catatan : Ini adalah pandangan dia. Korang fikirlah dan buatlah pertimbangan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...