Monday, September 27, 2010

WOW !!! PENDEDAHAN CETUS FENOMENA BARU


Pendedahan dan pengakuan Ustaz Lim Guan Eng tentang penggunaan wang judi bagi membantu fakir miskin dan warga emas di Pulau Pinang telah mencetus fenomena luar biasa dalam kalangan pemimpin dan aktivis Pemuda PAS Perak.

Beberapa perjumpaan tidak rasmi telah diadakan di Ipoh, Kuala Kangsar dan Parit Buntar bagi membincangkan isu ini dan ia hampir kepada kesimpulan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat perlu mendapatkan penjelasan rasmi daripada DAP tentang beberapa perkara :

1. Sewaktu persiapan menghadapi pilihanraya Umum 12, di manakah pemuda pemuda DAP?

2. Kenapa hanya Pemuda PAS sahaja yang turun ke jalanan menghadapi provokasi polis masa keadilan hendak diperjuangkan ?

3 Semasa peralihan pemerintahan daripada Pakatan kepada BN, keadaan sangat mencabar.
Pemuda dan ahli PAS telah berhimpun tanpa kebenaran bagi mempertahankan Menteri
Besar. Ribuan orang telah berkumpul. Di mana DAP ketika itu ?

4. Sewaktu penyokong PAS mengorbankan diri menghalang kereta Sultan di masjid Ubudiah, mengapa tiada seorang pun aktivis DAP hadir sama ?

5. MENGAPA DAP TIDAK MEMBENARKAN PAS MEMBIAYAI PERHIMPUNAN TERSEBUT MENGGUNAKAN TABUNG JIHAD ?

6. DARI MANAKAH SUMBER YANG DIPEROLEHI OLEH DAP UNTUK MENANGGUNG NASI BUNGKUS, AIR MINERAL DAN LIMAU MANDARIN YANG DIBERIKAN KEPADA KAMI SEPANJANG TEMPOH PERHIMPUNAN TERSEBUT ?

7. DARI KEDAI MANAKAH MAKANAN TERSEBUT DIBELI, KERANA KAMI HANYA ME NERIMA MAKANAN TETAPI TIDAK TAHU DI MANA IA DIMASAK DAN DIBELI?

Menurut salah seorang JK Pemuda PAS Kuala Kangsar yang ditemui , apabila Ustaz Lim membuat pengakuan, timbul pertanyaan dan perbincangan dalam kalangan pemuda, bahawa seakan akan perjuangan mereka tidak mendapat pertolongan ALLAH.

" Bayangkan betapa sukarnya untuk mendapatkan Perak, kemudian dengan mudah ia terlepas ke tangan BN. Kita memikirkan juga kemungkinan ada peringatan yang ALLAH nak berikan kepada kita. Ini termasuk kemungkinan sumber makanan kita yang haram ".Kata pemimpin Pemuda PAS yang tak mahu namanya dikenali itu.

Sekiranya ada keperluan mesyuarat khas Pakatan akan dicadangkan di peringkat pusat bagi mencari titik pertemuan bagi mengatasi masalah ini. PAS tidak mahu ada unsur ' sabotaj' dilakukan oleh rakan Pakatan kepada PAS.

Catatan : Aku tak mahu ulas apa apa . Tunggulah sehari dua ni. Kita akan saksikan kejutan yang lebih besar lagi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...