Monday, September 20, 2010

AYANG TAK NAK ANJA TERGANGGU

Anwar gagal dalam rayuan untuk gugurkan tuduhan liwatnya terhadap Saiful. Nuar Brahim nampaknya terpaksa akur apabila panel tiga orang hakim menolak rayuannya untuk menggugurkan pendakwaan terhadapnya berikutan perbuatan liwatnya terhadap seorang pemuda yang bernama Saiful.

Nuar Brahim tahu bahawa rayuannya akan ditolak. Nuar Brahim mendapat nasihat daripada peguam peguam yang handal dan berpengalaman. Nuar hanya ingin perbicaraannya ditangguhkan. Selepas ini Nuar akan cari lagi jalan lain supaya perbicaraannya tertangguh lagi.

Nuar takut sangat perbicaraan berjalan. Dah tentu banyak perkara akan terdedah dalam mahkamah. Bagi mendapatkan perbicaraan yang adil, mahkamah perlu mendapat maklumat yang lengkap walaupun barangkali ia mengaibkan.

Pendakwa dan pembela ingin situasi sebenar digambarkan. Ini Nuar Brahim ngeri. Tentulah cerita bisikan cinta, ciuman manja, gigitan sayang akan terpacul di mahkamah. Nuar boleh dengar.

Nuar takut Azmin mendengar semua ini. Nuar risau emosi Azmin terganggu. Jika ini berlaku pasti fokus Azmin terhadap pemilihan PKR akan tergugat. Sumber mengatakan Azmin kalau merajuk susah jadinya. Makan minum pun tak nak.

Nuar bimbang Azmin tak mampu teruskan kempen. Nuar nak pastikan Azmin menang kerana Azmin adalah bakal Timbalan Perdana Menteri apabila Nuar Brahim jadi Perdana Menteri nanti.Nuar tak kisah apa akan berlaku selepas pemilihan PKR nanti.

Jadi korang pun jangan harap perbicaraan akan bermula sekarang. Tunggulah sehingga habis pemilihan PKR. Tunggulah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...