Thursday, September 16, 2010

UNDANG UNDANG TUBUH PERAK DIUBAH, DARURAT MUNGKIN DIISYTIHAR

Laporan Papa Gomo adalah dirujuk.

Di Perak sambutan 16 September disertai hampir 100 ribu orang. Padang Bandaraya pertama kali dalam sejarah dapat mengumpul rakyat yang sebegini ramai. Semasa era Barisan Nasional, tidak pernah mereka berjaya melakukan perkara seumpama ini.

Rakyat pelbagai kaum, agama dan peringkat umur berhimpun sambil melaungkan ungkapan penuh semangat seperti REFORMASI, HIDUP HIDUP dan ada juga yang bertakbir termasuk yang bukan beragama Islam.

Sebuah lagu baru telah diperkenalkan menggabungkan pelbagai bahasa iaitu Mandarin , Hokkien, Tamil dan Bahasa Melayu. Lagu ini akan menjadi Lagu Rasmi Perak menggantikan lagu lama yang tidak diminati oleh golongan muda.

Apa yang tambah memeriahkan suasana ialah kesemua rakyat yang hadir termasuk ulama ulama PAS begitu bersungguh sungguh menyanyikan lagu berkenaan menggunakan edaran yang disediakan.

Apa yang agak dikesali ialah perlantikan Menteri Besar tidak dapat dibuat kerana usaha meminda Undang Undang Tubuh Negeri Perak belum dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana pihak istana tidak dapat dihubungi buat masa ini. Walaupun begitu YAB Ngeh Koo Ham, bakal Menteri Besar bersedia untuk memulakan tugas pada bila bila masa.

Sesuatu yang agak mengecewakan ialah terdapat agak ramai rakyat khasnya di kampung kampung tidak mahu menyertai perhimpunan di peringkat daerah sedangkan jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Bagi mengelakkan kerugian, penyokong penyokong telah dibawa dari Pulau Pinang dan Selangor untuk bersama meraikan sambutan ini.

Seperti yang dijangka, pihak Barisan Nasional sedang berusaha menggagalkan perubahan ini termasuk kemungkinan mengisytiharkan darurat. Sumber yang boleh dipercayai bagaimanapun meminta rakyat menunggu sehingga jam 12.00 tgh malam kerana 16 September berakhir ketika itu. Sekiranya tiada apa apa berlaku maknanya sahlah Nuar Brahim bapak penipu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...