Sunday, September 26, 2010

PAS MERACAU TAHAP GILA BABI

Slah satu kelebihan yang ada pada PAS ialah dia pandai dan sanggup mengambil kesempatan atas pelbagai peristiwa yang berlaku secara serta merta. Dia tak peduli samada sikap tersebut melukakan hati orang yang terlibat atau tidak. Dia juga tidak pernah berfikir kesan eksploitasi tersebut. ( Kaedah yang sama pernah digunakan oleh Parti Komunis Malaya dahulu )


Terbaharu ialah peristiwa melibatkan pembunuhan Datuk Sosilawati, jutawan kosmetik bersama tiga orang rakannya. Mahfuz mengaitkannya dengan penglibatan pihak atasan sama seperti Altantuya manakala Nasrudin Hasan Tantawi menyebutkannya sebagai kelemahan undang undang sivil.


" Cadangan kami ialah laksanakan undang undang syariah Islam sebagai alternatif bagi mengatasi jenayah yang parah ini", kata beliau.


Aku bersetuju bahawa Undang undang Islam adalah yang terbaik di dunia. Undang undang Islam adalah undang undang wahyu. Tetapi sehingga kini PAS yang mahir undang undang ini masih gagal tampil dengan draf yang lengkap, dapat diterima oleh semua pihak dalam negara. PAS sekadar bercakap secara umum kepada orang Islam dan menafikannya apabila berdepan dengan orang bukan Islam.


Dalam masa yang sama , korang jangan pulak terpedaya dengan Mamat ni. Nasrudin ini pada pandangan aku adalah salah seorang pemimpin PAS yang paling banyak tipu muslihatnya. Dia hampir setara dengan Nik Aziz.


Korang bayangkan, di tempat yang sama , dalam masa yang sama Mamat ni boleh keluarkan kenyataan pulak,


" Walaubagaimanapun rakyat seharusnya terlebih dahulu diberi penjelasan berhubung keadilan perundangan Islam sesuai dengan semangat demokrasi yang diamalkan di negara ini ".


YAA RABBI... apa maknanya semua ni?
Maknanya Mamat ni cakap kosonglah. Sekadar bercakap supaya namanya hidup dalam politik arus perdana.

Jelaslah PAS sangat berminat memperalatkan agama untuk menarik undi. Patutlah DAP beriya sangat bersahabat dengan mereka.

1 comment:

udanggalah said...

Mamat Nasharudin tu orang Rompin pun tak pakai.PAS macam takde orang lain nak bagi KP.Mereka ni pandai cakap je ..buat belum tahu.Dia kata UMNO tolak hudud padahal dia yang bodoh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...