Wednesday, September 15, 2010

SYED HUSIN ALI ?

Korang kenalke Syed Husin Ali ? Aku tak kenal. Itu yang aku terkejut. Tiba tiba je hari ni aku baca paper, Syed Husin kata tak nak pertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR. Aku selama ini mati mati ingatkan Azmin Ali Timabalan Presiden yang nak mempertahankan jawatan.

Aku tambah terkejut lagi bila Syed Husin ni kata dia dah mula politik sejak tahun 1958. Begitu lama dah berpolitik tiba tiba jadi Timbalan Presiden sebuah parti yang amat terkenal zalim, kejam dan bahayanya kepada umat Melayu Islam tapi tak dikenali langsung.

Dalam nada agak malu Syed Ali memujuk dirinya dengan mengatakan bahawa ada ramai orang ' berhasrat' mencalonkan dirinya tetapi dia dah buat keputusan untuk berundur. "Biarlah peluang diberikan kepada orang yang lebih muda, aktif dan berkebolehan", katanya.

Korang fikir apa makna berita gempar ni. Maknanya :-

1. Dalam PKR semua orang adalah alat. Masa nak dipakai tak nak dibuang.
2. Dalam PKR yang berguna dan bermakna ialah orang yang dikasihi Anwar( Cth: Azmin )
3. Dalam PKR yang diperjuangkan ialah Anwar, usahlah cakap pasal rakyat , buat malu je.

Kepada Syed Husin, aku mintak maaflah sebab hanya kenal engkau masa engkau nak pencen. Rugi je puluhan tahun politik, berhenti sebagai alat yang dibuang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...