Saturday, September 18, 2010

TUAN IBRAHIM TUAN MAN MENGHINA

Tuan Ibrahim Tuan Man ni adalah Naib Presiden PAS. Dulu sapa sapa pun tak kenal lebai ni. Tapi dia ni berjaya ' kudakan ' RTM melalui Ehwal Islam. Terkenallah dia bersama Harun Din, Ismail Kamus, Hassan Ali dan lain lain lagi.

Kalau tak kerana RTM dia orang ni tak mungkin jadi terkenal. Bila dah terkenal masuk PAS. Tuduh RTM toghut, agen yahudi. Masa nak gunakan RTM tak ada pulak benda benda tu. Bagaimanapun bukan ini isu yang nak aku sebut.

Aku nak petik ucapan Tuan Man dalam satu majlis baru baru ni. Depan anak anak felda dia menyeru supaya diwujudkan semula jawatan Penyelia Agama. Jawatan ini ditamatkan pada awal 90 an. Korang nak tau Penyelia inilah antara yang menjadi punca pecah belah dalam felda. Berpuak puak kerana penyelia ni kebanyakannya jadi alat PAS.

Dia kata sebab tak ada penyelia ni anak felda jadi teruk. Penagih dadah, perogol, penjudi, kaki rempit dan lain lain bercambah tumbuh. Tak ada aktiviti agama. Katanya lagi anak anak felda yang baik semua keluar dari felda.

Orang cakap agama tapi menghina. Depan anak anak felda sendiri Tuan Man menghina :-

1. Ibu bapak di felda termasuk yang sokong PAS tak reti didik anak.

2. Generasi felda yang berjaya lupa asal usul dan tinggalkan kampung laman.

3. Generasi yang ada di felda sekarang ialah yang haprak, apa pun tak guna.

Inilah PAS. Hina, perendahkan orang dan dalam masa yang sama menghasut dan memecahbelah.

APALAGI ANAK FELDA..BANGUNLAH MARUAH KORANG DAH DIGONCANG.

1 comment:

Anonymous said...

dedah kn lg prangai org yg lupe asl usul.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...