Wednesday, September 8, 2010

PAS PADANG RENGAS LUMPUH


Salah satu kawasan yang menarik di Perak ialah Padang Rengas. Bukan sahaja kerana Datuk Nazri ahli Parlimennya tetapi kerana ' kejatuhan ' DUN Lubok Merbau ke tangan calon PAS yang merupakan bekas Pegawai Kanan JPJ.

Haji Zainuddin nama dia. Inilah syoknya jadi ahli PAS. Menjadi ahli PAS boleh memadam dosa silam. Apa pun dosanya. Haji Zainuddin ni bersara awal dari jawatan kerana ditawarkan untuk berbuat demikian. Dia adalah salah seorang pegawai yang ' dinasihatkan bersara' kerana terlibat dengan LESEN TERBANG. Sempatlah kaya.

Mujurlah Haji Zainuddin cepat cepat masuk PAS. Maka terlepaslah dia dari dosa rasuah dan salah guna kuasa. Takpelah. Dia orang ada Nik Aziz yang boleh menyelamatkan diaorang.

Tapi ini bukan isu yang nak aku ceritakan. Yang sekarang sedang menjadi 'barah' kepada PAS ialah kekecewaan rakyat terhadap Hj Zainuddin. Kemuncak kekecewaan ini ialah apabila Haji Zainuddin gagal hadir sewaktu sebuah kampung dalam DUN Lubuk Merbau dilanda ribut.

18 buah rumah terjejas teruk termasuk lapan daripadanya dimiliki oleh aktivis kuat PAS.
Haji Zainuddin juga tidak dapat dikesan berada dalam kawasan sewaktu Lubuk Merbau dilanda banjir kilat hujung tahun lalu.

Setakat ini, menurut mereka Haji Zainuddin kerap pula dilihat minum ' di kedai hailam ' sekitar Padang Rengas. Menurut sumber , PAS negeri cuba menebus kelemahan Zainuddin dengan mengedarkan beras di sekitar Lubuk Merbau, malangnya beras itu pula dikatakan dari kualiti rendah.

Selain daripada itu rakyat kawasan Lubuk Merbau kecewa kerana Haji Zainuddin seakan akan menjadi wakil rakyat Cina sahaja sedangkan pengundi Melayu diabaikan. Aku tak nak komen apa apa tapi aku dengar Hj Zainuddin ada masalah dengan isteri tua dia sejak khabar angin mengatakan dia berkahwin kali kedua di Thailand. Itu punca dia jarang bertemu pengundi khasnya orang Melayu.

Setakat ini aku dapat maklumat PAS Padang Rengas hampir tiada program sepanjang Ramadhan. Dalam masa yang sama aku difahamkan ada pula usaha untuk menggantikan Zainuddin dengan seorang muka baru yang merupakan bekas guru. Kita tunggulah tengok. Mudah mudahan penyokong PAS benar benar dapat hidayah dalam Ramadhan ni dan kembali ke pangkal jalan. Tinggalkanlah perjuangan menyokong komunis DAP yang amat bahaya kepada Islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...