Friday, September 24, 2010

NOTA KEPADA HOUSE PK


NOTA KEPADA HOUSE PK.

Aku membaca tulisan saudara tentang ada percubaan untuk membunuh Mukriz Mahathir.
Aku juga pernah mendengar kerisauan orang lain tentang perkara yang sama. Nampaknya ramai orang Melayu Islam melihat Mukriz sebagai permata yang amat berharga.

Eloklah saudara risau. Kerana risau Rasullullah saw maka Islam sampai kepada kita orang Melayu Islam yang menyokong perjuangan UMNO ( Islam PAS tu aku tak tau mana sumbernya).

Kerana risaulah Mahathir telah menjadi bapa kita selama lebih 22 tahun. Dan sehingga kini Mahathir tidak jemu jemu memberi panduan dan nasihat. ( Yang baiknya kita kini dipimpin Najib, tokoh yang amat menghormati Mahathir ).

Cuma aku ingin nasihatkan saudara agar mengawal kerisauan itu agar raut wajah tetap berseri seperti wajah Perdana Menteri kita. Jangan jadi macam Nik Aziz dan Nuar Brahim. Mereka bimbang rakyat tahu mereka penipu. Sebab itu mereka risau dan kerisauan itu dapat dilihat di wajah mereka. ( Macam panglima perang Jepun )

Aku juga ingin bagi jaminan dan berkongsi keyakinan aku. Yakinlah Mukriz ini macam bapak dia. Dibuang daripada UMNO. Dihina diperlekeh oleh musuh Islam seluruh dunia tetapi hakikatnya kita masih dapat rasakan auranya sehingga sekarang.

Bandingkan dengan orang yang mengalahkan Mukriz dalam pertandingan yang tak berapa sihat dahulu. Menang jawatan, ada kedudukan tetapi tak ada apa yang mampu dibuat.
Setiap patah perkataan umpama racun yang memakan diri sendiri.

Usah bimbang, kalau dahulu Tun Razak menggilap Mahathir, Mahathir menggilap Najib, kini masanya Najib pasti menggilap Mukriz selagi Mukriz berada di landasan yang benar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...