Monday, September 27, 2010

ALAHAI..KESIAN TOK GURU..



Tok Guru dianiaya, tindakan undang undang dikaji,


Aku ni jenis orang yang mudah simpati. Walaupun aku tak suka seseorang, walaupun aku tahu seseorang tu pemikirannya , pertuturan dan tindakannya, banyak merosakkan agama dan bangsa, walaupun aku tahu orang tu putar alam tetapi bila aku tahu dia teraniaya dah tentu aku jatuh simpati pada dia. Maaflah.. ini kelemahan aku.

Terbaru ni aku simpati sungguh kat Tok Guru Nik Aziz. Simpati sangat kepada dia ni. Tua, uzur dan tak larat. Cakap pun sekarang ni, pagi lain, petang lain. Bukan apa. Nyanyuk sikit. Aku baru tahu je yang Tok Guru ni sangat tidak bahagia menjadi Menteri Besar,.

Aku juga baru tahu bahawa selama ini Tok Guru dipaksa menjadi Menteri Besar. Padahal Nik Aziz lama dah nak pencen. Zalim pemimpin dan ahli PAS yang memaksa Nik Aziz. Nik Aziz sendiri mengakui bahawa dia tiap tiap tahun dipaksa meneruskan tugas Menteri Besar Dia nak berhenti sebab dia bukan orang tamak, katanyalah.


Saban tahun dia dipaksa menerima duit rasuah untuk melancong ke Mekah, dipaksa menjampi untuk memasukkan "berkat" ke dalam air botol, terpaksa redho seliparnya dicuri untuk mendapatkan keberkatan.

Patutlah sejak akhir akhir ini Tok Guru nampak amat tertekan. Pasal itulah dia keluar kenyataan macam macam. Kebayakannya bertentangan dengan orang lain. Harun Din kata tak boleh, dia kata boleh. Ustaz Harun Taib kata haram, dia kata harus.

Rupa rupanya bukan sengaja Tok Guru Nik Aziz merepek. Bukan sengaja Nik Aziz melalut. Dia protes rupanya. Mana boleh tahan, asyik asyik kena paksa.

Kesian Tok Guru. Jadi aku cadangkan kepada Tok Guru, jangan putus asa. Solat hajat ramai ramai. Mohon supaya ALLAH tutup niat orang yang paksa Tok Guru menjadi Menteri Besar.
Buat solat hajat ramai ramai agar ada orang berani mengganti Tok Guru sebagai Menteri Besar walaupun dah pasti jauh lebih lemah daripada Tok Guru ( Realistikle sikit..seribu tahun lagi belum tentu ada ganti kehebatan Tok Guru )

Mohonlah kepada ALLAH. ALLAH memang makbulkan doa Tok Guru kerana Tok Guru orang teraniaya. Atau Tok Guru boleh mintak mana mana syarikat untuk taja orang berdoa di Mekah.
Mudah mudahan hajat Tok Guru tercapai. Atau Tok Guru upah je Karpal Singh, saman orang yang paksa Tok Guru.

2 comments:

Anonymous said...

Bodo nya kau ni... pergila sekolah budak2 terencat akal... budak terencat pandai lagi...

Anonymous said...

Tulisan yang mudah, tajam dan berbekas. Eh Anon 8:07 ni kenapa? Tak boleh terimaa kenyataan ke? Atau lu sudah letak Nik Aziz ke tahap "cult". Realistik sikit bro.

akuantiPAKATAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...