Friday, September 24, 2010

SHAMSUL ISKANDAR KOMUNIS ?



Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri kita yang pertama pernah menulis bahawa Chin Peng, Bapak Komunis Tanah Melayu ( Yang dianggap pejuang kemerdekaan oleh DAP dan PAS ) mengingatkan Tunku bahawa TIDAK MUNGKIN KOMUNIS DAN KERAJAAN AKAN BERSAMA DALAM APA PUN KEADAAN.

Yang tersirat daripada peringatan ini ialah komunis boleh meletakkan senjata, komunis boleh berhenti memberontak secara fizikal, komunis boleh bubarkan Parti Komunis Malaya, komunis boleh tinggalkan hutan rimba dan tinggal di bandar ( contohnya di Ipoh Timur ), komunis boleh berpura pura baik dengan orang Melayu tetapi JIWA KOMUNIS YANG MEMBARA DALAM HATI, DARAH DAN DAGING CHIN PENG, KAUM KERABAT, ANAK CUCU DAN SEKUTU SEKUTUNYA TIDAK AKAN TERPADAM.

Benar.. selepas PRU 12, strategi dan matlamat perjuangan pihak tertentu jelas menunjukkan api komunis ini masih bernyala.

- Apabila ada pihak mahu mengubah perlembagaan,
- Apabila ada pihak mahu institusi Raja diruntuhkan
-Apabila ada pihak mahu hak Melayu diabaikan
- Apabila ada pihak memburuk burukkan agensi penguatkuasaan,
- Apabila ada pihak menghalalkan cara untuk mencapai matlamat- maka percayalah komunis masih merupakan ancaman kepada kita.

Terbaru apabila Shamsul Iskandar , Ketua Angkata Muda Keadilan melemparkan ' pertanyaan' kemungkinan polis terbabit dalam kes Datuk Sosilawati, mungkinkah api komunisme sedang bernyala dalam jiwanya ?

Ayuh UMAT MELAYU ISLAM. BANGKITLAH, BANGUNLAH BERJUANG. KITA MENENTANG DAP BUKAN KERANA NAMANYA DAP, KITA MENENTANG PAS BUKAN KERANA NAMANYA PAS, KITA MENENTANG PKR KERANA NAMANYA PKR, KITA MENENTANG MEREKA KERANA KITA BIMBANG API DAN AKAR KOMUNISME SEDANG BERNYALA DI JIWA MEREKA.

2 comments:

azlishukri said...

salam bro, blog ini sudah dipaut.

udanggalah said...

Benar..Komunis hanya meletak senjata bukan menyerah diri.Sekarang mereka bergerak cara ideologi yang diresapi kedalam otak-otak yang penentang ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...