Tuesday, September 28, 2010

SABOTAJ PKR


PERTAMA KALI SAIFUDDIN NASUTION BERCAKAP BENAR !!!

" Kami boleh sahkan wujudnya elemen provokasi, kerana apa yang berlaku sama sahaja caranya, iaitu kotak undi dipecahkan, kertas undi diselerakkan dan selepas itu mereka beredar ".

Ini adalah petikan kenyataan Saifuddin Nasution, SU Agung PKR semalam. Saifuddin ni antara orang lama yang kekal dalam PKR walaupun dia antara orang yang tak digemari oleh Nuar Brahim ( Kononnya kerana dia nampak begitu jantan ).

Saifuddin ni terkenal sebagai seorang yang pandai mencetus sensasi berasaskan teknik ' tipu dan lari'. Dikatakan sebahagian pecah belah dalam PKR adalah hasil kelicikan Saifuddin bagi mempastikan survival politiknya.
Antara orang yang paling tidak dipercayai oleh orang lama dalam PKR, Saifuddin nilah.

Tapi bila dia kata ada sabotaj terhadap persidangan dan pemilihan cabang cabang PKR, Saifuddin bercakap benar. Aku sendiri dah jangka perkara ini pasti berlaku. Sebab itu aku sedikitpun tak terkejut.

Bila dia kata sabotaj ini adalah angkara pihak luar, sekali lagi Saifuddin bercakap benar. Yang tak benarnya ialah jumlah cabang bermasalah. Saifuddin kata 7 . Sebenarnya hampir semua cabang ada problem. Ahli hantu, tak cukup korum, mesyuarat tak ikut peraturan dan banyak lagi.

Saifuddin juga mempunyai pihak yang disyakinya, cuma dia tak berani nak sebut. Satu sumber yang rapat dengan Saifuddin menyatakan antara yang paling disyaki ialah kumpulan pengganggu ini adalah tajaan DAP. Asas kepada andaian ini ialah :-

1. DAP mesti gambarkan PKR adalah parti yang bermasalah. Tujuannya nak calarkan imej Nuar Brahim selaku penasihat. Nuar Brahim mesti dielakkan daripada menjadi Perdana Menteri dengan jangkaan perlembagaan akan berjaya diubah dan Lim Guan Eng sedang dilatih untuk menjadi Perdana Menteri.

2. DAP merasakan adalah lebih mudah menguasai PAS kerana pemimpin PAS mempunyai tahap mentaliti yang rendah dan kadangkala kelihatan bendul. Dalam masa yang sama PAS tidak mempunyai kuasa wang seperti PKR

3. DAP telah berjaya memecahkan perpaduan Melayu Islam. Inilah matlamat mereka menjalin hubungan dengan PKR dan PAS. Matlamat ini dapat dicapai lebih cepat daripada jangkaan mereka. DAP menjangkakan tanpa Nuar Brahim pun perpecahan ini akan dapat diteruskan dengan lebih hebat lagi.

4. DAP memang percaya Nuar Brahim melakukan perbuatan liwat dan Karpal Singh tidak berniat untuk membela Nuar Brahim yang dikatakan ' tidak bermoral ". Karpal dan pasukan pembela akan cuba menjadikan kes Nuar Brahim sebagai alat untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan. Selepas itu mereka akan pastikan Nuar Brahim didapati bersalah.

Sumber ini merumuskan apabila PKR dapat dilumpuhkan, dengan sendirinya Nuar Brahim akan hilang dari peta politik Malaysia dan ini memudahkan DAP mencapai cita cita besar mereka sendiri.

Catatan : Aku rasa pandangan sumber dalaman PKR ini ada asasnya, korang ..?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...