Wednesday, April 21, 2010

Kisah tiga pemuda mabuk

Tiba tiba je aku teringat cerita ni. Kisah ni kononnya berlaku pada awal tahun 60an. Pada masa itu, mabuk bukan masalah besar. Tapi kejayaan kerajaan Barisan Nasional mendidik menjadikan minum arak dan mabuk sekarang ni amat hina dalam kalangan orang Islam

Kisah ni melibatkan 3 pemuda . Aku namakan Mad, Mid dan Mud. Mereka ni orang Kuala Kangsar tetapi Mud bekerja di Kuala Lumpur. Masa tu orang Kuala kerja di KL kira herolah. Berhampiran stesen keretapi Kuala Kangsar ni ada sebuah kedai todi. Di sinilah tempat kaki botol Kuala mabuk. Zaid Brahim tak masuklah group ni.

Satu hari Mud nak balik KL. Jadi Mad dan Mid pergilah menghantar di stesen keretapi. Oleh kerana keretapi akan bertolak pukul 12 tengahmalam manakala hari pulak baru pukul 8 maka mereka buat keputusan nak minum dulu.

Lepas sekole..sekole sampailah mereka ni mabuk. Tiba tiba mereka terdengar siren keretapi. Apalagi kelam kabutlah mereka berlari mengejar dan berjayalah Mad dan Mid menaiki keretapi. Berlambai lambailah mereka. Sayu juga nak berpisah dengan kawan kawan.

Dalam keretapi Mad dan Mid tak dan nak bersembang pun. Dapat tempat duduk terusje lena. Sampailah di Stesen Rawang, pemeriksa tiket kejutkan dia orang untuk mintak tiket. Masa ni kesan mabuk pun dah hilang. Melompatlah Mad dan Mid sebab memang mereka tak ada tiket. Mereka sebenarnya menghantar Mud. Mud yang nak balik ke KL bukannya mereka.

Apalagi turunlah mereka di Rawang. Sejak itu sampai sekarang tak tahu apa jadi kepada mereka berdua.
Mengapa aku tiba tiba teringat cerita ni? Tak tahulah. Agaknya aku takut kalau orang Hulu Selangor silap pilih buruk padahnya bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada negara juga. Macam mengiktiraf pemabuk pulak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...