Tuesday, April 20, 2010

Surat terbuka kepada pejuang Islam di Hulu Selangor

Saya mengambil masa beberapa hari untuk membuat keputusan dan akhirnya memutuskan untuk menulis surat ini sebagai usaha amar makruf nahi mungkar. Surat ini saya tujukan hanya kepada pejuang Islam. Pejuang yang dalam darahnya ada roh Islam. Pejuang yang denyut nadinya adalah denyut nadi Islam.

Saya lahir dalam keluarga pejuang PAS. Perjuangan ini bermula dari arwah datuk saya lagi. Sekiranya saya nyatakan nama datuk saya , saya pasti ramai yang mengenalinya. Datuk dan ayah saya tidak pernah meminta apa apa pun sebagai balasan kepada perjuangan suci ini. Saya juga seorang yang mempunyai kerjaya. Saya bukan sahaja tidak meminta kepada PAS bahkan saya menyumbang kepada PAS.

Harapan saya dan keluarga ialah perjuangan ini akan mendatangkan keredhaan Allah jua. Tetapi apa yang berlaku di Hulu Selangor ini benar benar tidak dapat diterima. PAS sama sekali tidak diajak berbincang dalam menentukan calon. Saya diberitahu Tok Guru Nik Aziz sendiri langsung tidak diminta pendapatnya.

Saya tidak terkilan jika calon lain dipilih. Memilih Zaid Ibrahim umpama menyiram najis di tubuh PAS. Semua kita tahu Zaid pernah menyaman kita di Kelantan. Semua orang tahu Zaid sentiasa menghina Tok Guru dan mengatakan Tok Guru sudah nyanyuk dan tidak layak memimpin.

Tidak ada anak Kelantan yang berani menghina Tok Guru selain Zaid. Memilih Zaid adalah penghinaan yang tak dapat diterima. Ada ramai tokoh PAS di Selangor . Mereka mempunyai kelayakan dan akhlak yang baik. Mengapa kita memilih penagih arak dan penjudi sebagai calon. Apa alasan yang hendak kita berikan kepada Allah di mahkamah rabbuljalil?

Saudara sekalian. Untuk pertama kali mari kita tunjukkan kuasa dan hak kita sebagai pengundi.Lebih penting mari kita jalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Sekiranya kita berjaya menyebabkan Zaid Ibrahim kalah, insyaallah pemimpin kita tidak akan menerima penghinaan lagi. Insyaallah mereka akan sedar bahawa kita bukan budak suruhan sebaliknya kita adalah penentu masa depan Pakatan.
DAP wajib disedarkan bahawa selama ini mereka yang berpaut kepada kita. Jangan kita dipandang rendah lagi.

Percayalah, Tok Guru sendiri amat dukacita dengan penghinaan ini. Mari kita berusaha dengan niat memartabatkan Islam, mari kita gagalkan kemenangan Zaid yang bermaksud menamatkan dunia politik seorang manusia yang angkuh dan sombong.

Mengundilah kerana Allah, Rasul dan sekalian umat Islam. Allahhuakbar, allahhuakbar,allahhuakbar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...