Monday, March 29, 2010

Siapapun menang, sama saja

Semalam terjawablah teka teki siapa yang bakal menerajui MCA. Seperti yang aku duga , Chua Soi Lek berjaya kalahkan 2 orang calon lain. Walaupun kecil majoritinya ia tetap juga menggambarkan kemenangan. Cuma yang aku nak ajak korang fikirkan ialah siapapun yang menerajui MCA sebenmarnya tidak akan mengubah apa apapun.

Percayalah kepada aku bahawa MCA tetap juga akan menjadi pendesak kepada kerajaan. Minta macam macam tapi dalam masa yang sama mengundi pembangkang. Mereka nak gambarkan UMNO sebenarnya lemah sehinggalah semua hajat mereka dipenuhi.

Sejak PRU aku tak pernah percaya kepada MCA ni. Dia dengan DAP sama je. Tengoklah di Penang. Pernahke korang dengar pemimpin MCA bantai DAP ? Pilihanraya kecil, ada korang nampak MCA bertungkus lumus nak menangkan calon BN. Tengoklah di Bukit Gantang dulu. Semua undi Cina pergi kepada Nizar bukan calon UMNO.

Jadi kesimpulan aku ialah, siapapun menang tak ada maknanya kepada kita. Baiklah kita kuatkan diri kita demi agama, bangsa dan tanahair tercinta ini. MCA tetap juga akan problem selepas ini sebab dia tak nak bagi komitmen kepada BN, biar BN kalah lagi kemudian tuding jari kepada UMNO . Selepas itu minta lagi macam macam. Orang Melayu akhirnya bosan sokong pulak PAS. Siapa untung ? Cina. Orang Melayu jadi barua yang hina.Fikirkanlah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...