Sunday, April 25, 2010

Tun , bintang yang sentiasa menyinar















Aku dapat hadir banyak program, ceramah dalam PRK Hulu Selangor ni. Pada aku walaupun ada provokasi budak budak Pakatan , Pemuda dan jentera kita tak tergugat langsung. Insyaallah jika jentera kita maintain sampai habis kita akan menang besar.Berletihlah hari ini. Anak cucu yang perjuangkan. Bukan macam diaorang, berjuang untuk Anwar. Bila Anwar cabut keluar negara nanti, tamatlah perjuangan. Kita insyaallah sampai akhir hayat meneruskan perjuangan.


Inilah contoh yang Tun Mahathir tunjuk kat kita. Kalau korang ada dalam majlis malam tadi, korang akan terkejut. Terkejut pertama kerana Tun tu sendiri. Terampil, segak dan segar. Idea dan cara macam 30 , 40 tahun dulu. Seri wajah..sunhanallah.
Aku tengok Nik Aziz , ceramahnya duduk. Nak bangun kena papah. Itupun ada hati ngajak orang bunuh UMNO.

Terkejut kedua melihat khalayak. Sorakan, tepukan amat hebat. Penghargaan kepada pemimpin dapat dilihat dengan nyata. Begitu ramai anak muda hadir dan memberikan sokongan. Budak budak baru ni nampak ceria dan bersemangat. Sapa kata anak muda dah tinggalkan UMNO sebenarnya sengaja mengadakan cerita untuk seronokan diri sendiri.

Terkejut yang ketiga ialah apabila Datuk Najib memberi ruang yang seluasnya kepada Tun untuk berceramah. Datuk Najib mintak supaya Tun dijadikan penceramah utama dan tetamu kehormat, manakala beliau sendiri menjadi penceramah pengiring sahaja. Kalau Najib kekalkan sikap ini aku yakin sangatlah PRU 13 nanti insyaallah kita sapu bersih.

Betullah janji Najib dulu. Selagi ada hayat Tun, beliau tetap jadi pembimbing kita semua. Syukurlah. Kalau suasana semalam jadi ukuran. korang percayalah Hulu Selangor milik kita

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...