Sunday, April 25, 2010

Hassan Ali Menyertai UMNO

Kesilapan membaca khutbah pada hari Jumaat yang lalu nampaknya memberi kesan yang amat besar kepada Hassan Ali. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kawasan perumahan tersebut penduduk tidak dapat mendirikan Solat Jumaat. Kerisauan mula dirasakan bahawa ini adalah petunjuk yang ALLAH berikan sebagai tanda bahawa perjuangan yang selama ini dibanggakan sebenarnya bukan perjuangan yang ALLAH redhai.

Ditambah pula dengan pelbagai masalah prinsip dan masalah pengurusan jentera pakatan, Hassan Ali yang sebelum ini adalah aktivis UMNO mula memikirkan semula kedudukannya dalam PAS.

Kesilapan Tok Guru dalam ceramah di Rasa Tambahan dalam mana Tok Guru telah mengatakan orang Melayu pemalas, telah juga memberi kesan buruk terhadap peluang Pakatan dalam PRK Hulu Selangor ini.

Paling menggusarkan beliau ialah apabila berlaku penyelewengan yang ketara dalam peruntukan yang dikeluarkan oleh Pakatan dalam usaha mengekalkan kerusi Hulu Selangor ini.Beliau dapati jutaan ringgit yang dikeluarkan tidak dapat dikesan alirannya.

Perkara perkara yang berlaku dan banyak lagi peristiwa lain telah menginsafkan Hassan Ali yang akhirnya membuat keputusan untuk meketakan jawatan sebagai AJK Pemuda PAS Bukit Sentosa dan telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada ketua cawangan. Beliau sedar UMNO dan BN sahaja yang dapat memberikan perkhimatan terbaik kepada rakyat.

1 comment:

proharakah said...

aku ingatkan hasan ali itu...hampeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...