Sunday, April 12, 2015

MUKHRIZ MAHATHIR LETAK JAWATAN !


Korang bagi masa sikit baca artikel ni..di sini

Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, rakyat khasnya orang UMNO tidak perlu memilih antara Tun Mahathir dengan DS Najib Razak. Aku yakin kritikan Tun Mahathir tidak bersifat peribadi sebaliknya kerana kasihnya kepada UMNO.

DS Najib Razak Presiden UMNO dan Perdana Menteri telah menjawab segala persoalan yang dibangkitkan dan normallah jika ada orang berpuas hati dan ada yang tidak.

Aku nak tegaskan bahawa puas hati atau tidak bukan bergantung kepada apa jawapan yang diberi sebaliknya apa yang ' sedia ada ' dalam fikiran masing masing. 

Cuma aku nak nyatakan pandangan aku terhadap isu yang ditimbulkan oleh seorang YB dari Kedah ini. Datuk Ahmad Lebai Sudin aku rasa agak keterlaluan apabila meminta Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai MB hanya kerana belum mahu nyatakan sokongan kepada PM sehingga siasatan terhadap 1MDB selesai.

Fikir cara mudah jer pun dah boleh nampak bijaksana Mukhriz sebab dia tak nak kelihatan melulu dalam memberikan sokongan. DS Najib yang suruh siasat. Dah tentu DS Najib tiada ketakutan apa apa. Kita boleh jangka hasil siasatan.

Aku bimbang dengan sebahagian orang UMNO.Ghairah sangat nak nyatakan sokongan sebenarnya tak banyak manfaat kepada parti. Kita seakan akan nak nafikan proses siasatan yang dibuat.

Meminta seseorang yang tidak ' ghairah ' meletakkan jawatan hanya akan mencetuskan polemik baru yang jelas tak menguntungkan UMNO. Kita tunggu tengok apa reaksi orang ramai..

Satu lagi kita usah nilai Mukhriz sebagai anak Tun Mahathir. Kita kena nilai Mukhriz sbagai pemimpin muda UMNO yang sedang berjaya menawan hati rakyat Kedah...

Apa korang punya pandangan..?


7 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,dah tentu kita faham tujuan ADUN tersebut meminta DM letak jawatan.Dia tunjuk hero pembela PM jadi dia bermaksud jawatan MB tu dia punya !

Anonymous said...

Sekarang ramai yang tampil sokong DS Najib. UMNO di bawah sebenarnya sedang bercempera. Jentera langsung tak berjalan.

Anonymous said...


elok lah. biar umno hilang di Malaysia

Anonymous said...

3rd paragraph seem forceful but I'd like to emphasize that you cannot enforce your mean unto others.

Orang melayu-muslim kebanyakan nya bersikap 'rationale' dan boleh bertolak ansur dengan mudah.

You need to see the bigger picture. In a situation where 10 people disagree with 1 man, would you perceived the 10 different persons have problems or the 1 man is the subject of the problem? Multiply that into millions of 'melayu-resah' and what do you think you'd get?

Berapa ramai yang melayu-elite UMNO standing behind PM but not many are actually propping up Tun M (he stated clearly he wasn't asking for any support anyway) compared to the RAKYAT (pengundi) that are getting anxious with the current leadership ie. PM not perceived but seen as WEAK at a time when PR is in disarray yet you cannot bury them for good?

No, don't blame rakyat for not having 'solidarity' with PM, its healthy if rakyats are questioning because it reflected the rakyats are concerned and would rather see a firm hand at the helm and steer the ship out of the storm simply because the rakyat cannot get the opposition to be effective in checking the 'book' of government so, the rakyat becomes the 'auditors'.

Then again if you treat the rakyat as 'know nothing' bunch, you can guarantee PRU14 will see the wrath of the rakyat and the lost of malay-muslim-bumiputera leading the country and you will see next 50 years 'sejarah melayu' will become archives collecting dust only to be retrieved upon reservation by PHD students!

It has been done over a short period in Temasek (Tanah dibawah kerajaan Johor) long before the english came and the history were wiped out in under 50 years over hundred of years of history (if not thousands) of that little island (only lacked written and physical artifacts)!

It is achieved because all original historicals entities pre-english colonials's period were either surpressed or eliminated followed by no indepth archeological studies were pursued or purportedly not encouraged!

Talk to a any young 'singaporean' and they are totally programmed that Temasek is alien to them!

WHAT IF in 50 years anak melayu sendiri could not tell this Tanah Melayu has its glorious past beginning with kerajaan Champa to the north and all the way to the Riau Islands in the south?

Anonymous said...

Mukhriz sepatutnya letak jawatan jika tidak sokong PM Najib.

Mukhriz pon bukannya bagus sangat.

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir seorang negarawan yang licik.

Tun Mahathir vs DS Najib adalah satu sentuhan peribadi Tun M untuk menggilap DS Najib menjadi seorang pemimpin ulung Malaysia dan Dunia.. Tun Mahathir sering kali mengingat kita, kita perlukan pembangkang yang hebat untuk menjadi teras check & balance kepada kerajaan yang ada pada hari ini. Kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang sangat lemah dan tidak punya kekuatan 2/3 pun. Pembangkang yang ada pula berada pada tahap sampah yang hanya berlegar pada soal liwat, pergeseran antara parti dalam soal hudud, air, MB Selangor dan sebagainya yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan dan penyatuan rakyat berbagai kaum buat negara Malaysia. Di sinilah Tun Mahathir hadir sebagai check & balance yang paling anjal kepada DS Najib agar tidak terjebak seperti Tun Mahatathir yang telah dimanipulasi oleh orang sekeliling yang tidak jujur dan amanah. Itu sebabnya IMDB dikritik hebat hingga DS Najib mengumumkan supaya ianya diaudit setelus-telusnya secara terbuka dan tidak ada peluang buat sesiapa untuk mengambil kesempatan terhadap asset Negara ini. Apabila Tun Mahathir menggesa DS Najib untuk berhenti daripada jawatan PM dan Presiden UMno, ahli UMno dan rakyat harus sedar bahawa gesaan ini dibuat oleh seorang Negarawan yang telah bersara dan tidak punya apa2 pengaruh dalam kerajaan dan juga parti. Tak punya kesan apa2 pun. Ketika Tun Mahathir memegang kuasa dulu hampir setiap waktu gesaan seperti ini timbul dari dalam dan juga luar Negara. Saya percaya niat Tun Mahathir ikhlas demi Negara Bangsa dan Agama Islam seadanya. Isu Altantunya pula sahaja ditimbulkan agar satu usaha besar-besaran dilakukan oleh semua pihak agar kisah ini tidak terus dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menjadi ianya satu kisah rakyat yang akan dikenang sepanjang zaman, hingga anak cucu kita akan menjadi kisah ini satu momokan untuk mempermainkan PM Najib sekeluarga selama-lamanya. Satu tindakan tegas sangat perlu dilakukan oleh DS Najib dan juga pihak berkuasa agar isu yang telah tersiar raya selama lapan tahun ini dinoktahkan terus daripada alam maya ini.. Hakikatnya Tun Mahathir sayangkan DS Najib lebih daripada anak beliau sendiri… Hanya beliau sahaja yang tahu niat sebenar atas tindakan yang beliau lakukan. Diharapkan ramai yang akan faham apa yang terjadi ini adalah satu perkara baik yang akan menguatkan lagi kerajaan UMno BN yang bertunjangkan Islam ini agar terus berkuasa di bumi Malaysia dan bukannya puak sesat yang dipimpin oleh Nuar jubury dan rakan sekutunya

Anonymous said...

pemikiran ADUN yg tak boleh pakai.

Apa kena mengena DM dan TM? Mereka sekadar ikatan keluarga. DM pon stail dia tak mcm TM pon.

ADUN yg dok paksa org ni otak letak kat bontot kot! Org mcm ni le rosakkan bangsa dan agama.

TM cuma minta penjelasan yg clear. Tapi Najib masih gagal cerita yg sebenar. Cuma sekadar Thi Chi pada yg lain eg audit le dsbnya... action tak ada pon lagi... cakap masih berdegar2 tapi hasil tak ada.

Persoalan lama tak berjawap sepenuhnya, sekrg persoalan baru byk lagi timbul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...