Wednesday, April 8, 2015

TUN MAHATHIR MEMANG TERUK !


Terpaksa kita akui walaupun pahit. Tun Mahathir Mohamad, mantan PM kita selama lebih 22 tahun adalah seorang yang teruk.

Beliau teruk sebab tak habis habis menghentam DS Najib Tun Razak PM yang kita kasihi.

Aku dah turun ke bawah, aku nak naik ke atas. Semua setuju dengan aku bahawa Tun Mahathir mengulang soalan soaln yang ditanya oleh pembangkang.
Semua yang beliau timbulkan adalah semua yang pembangkang timbulkan sebelum ini.


Tapi kan, aku dah kaji, aku dah jumpa orang, semua golongan. Tua muda setuju dengan aku. Kalau DS Najib jawab semua soalan Tun Mahathir yang teruk itu, maka sebahagian besar masalah akan selesai.

Kalau DS Najib senarai satu satu soalan Tun dan jawab secara terperinci, jelas dan tepat maka imej DS Najib dan kerajaan akan pulih. Pembangkang akan kelu dan kaku. UMNO akan kembali segar kerana orang UMNO tidak lagi berasa was was.

Makanya , katalah Tun Mahathir teruk sebab dia tak kisah apa orang nak kata tapi jawablah soalan Tun sebab aku dah kaji, ini jugak soalan rakyat tapi mereka tak ada cara nak bertanya..

10 comments:

Anonymous said...

TDM seolah2 membawa suara pembangkang..eloklah isi borang ganti pemimpin pembangkang yang kosong..tiada lagi hormat sebagai negarawan negara..

Anonymous said...

April 8, 2015 at 8:42 PM, tidak ada kena-mengena dengan TDM bawa soalan pembangkang, ini soalan rakyat terbanyak yang ingin tahu kemana hilang nya duit 1MDB dan kini berhutan RM47billion. Untuk makluman, keseluruhan hutang luar negara kini mencecah RM841billion.

Amat menggusarkan rakyat.

So jangan punya pandangan yang sempit. Wbp pembangkang juga sebahagian dari Parlimen dan rakyat Malaysia. Bukan hak mutlak Najib. Beliau mesti bertanggung jawab.

Anonymous said...

Rakyat inginkan penjelasan. Sekali sudah memadai. Jika jawapannya berkesan, maknanya Dr Mahathir dan tolog Najib.

Anonymous said...

Eloklah Najib tak usaha jawab,kerana membuang masa dan tenaga saja.Berpuluhkali jawab pun TM akan jadi macam tu juga,orang lain semua salah dia je yg betul.Dulu masa Pak Lah,begitu juga.masa tungku begitu juga ,masa Thussain begitu juga sehingga semuanya melepaskan jawatan mereka.Perangai cukup busuk.Kononnya dia sayang pada Umno,tapi dialah yg telah membunuh Umno kerana berebut jawatan dgn Ku Li,menang undi hantu,sehingga Ku Li mengambil tindakan membawa keMahkamah dan Umno di batalkan.

Najib hasrus istiqomah jalankan kerja,jangan peduli dgn TM dan penyokongnya.Meraka bukan ramai pun kalau tak caya cuba lah TM keluar sekali lagi dari Umno ,bawalah penyokong beliau.nak tengo0k berapa ramai,entah-entah Pasma dalam Pas pun lebih ramia penykongnya dari TM dan penyokongnya.Dulu hanya Sanusi Junid je yg ikut,kalai ni mungkin kadir Jassin.Lagi satu Najib patut terus korek kemana hilangnya wqang Umno masa mereka berkuasa dulu.Pertanyaan yg telah membengangkan TM dan Diam-Diam,yg jadi mereka tak keruan sehingga ke hari ini.Itulah punca sebenarnya.

Anonymous said...

Saya percaya Tun M mahu membantu Najib demi UMNO. Terima kenyataan bahawa Najib tidak pernah menjawab secara jelas. Belum pernah.

Anonymous said...

Bkn suara pembangkang je...suara rakyat marhean yg tidak punyai platform utk menyuarakannya....nak harap wakil rakyat dan ketua bahagian umno..hampas...semua dah kekenyangan

Anonymous said...

Mmg x ramai ikut Tun keluar cara rasmi...tp tindakan diterjemah dlm.bentuk undi pru

Anonymous said...

Najib kena jawab soalan Tun walaupun in camera ... ewahhh kerana ini juga soalan dari rakyat yg mahukan kebenaran & ketelusan.

Rosmah tolong jgn masuk frame sebab akan rosak program.

Anonymous said...

49b ke,490b ke,bior dorang audit dulu..da audit sok check ler puas2 dan tibai cukup2..tengok betul ke ada link dgn riza aziz dan jho low..nak entam bior terang pucuk pangkal..klu takda sok betul ler tun pun merendahkan dirinye sama tarap mcm rapizi..

Anonymous said...

Tu Mahathir memang Teruk?

Kalau soalan Tun M tak di jawab dengan baik dan bernas oleh Najib

maka,

UMNO akan ditolak oleh Rakyat pada PRU akan datang

kerana,

1.Permasalahan ekonomi,sosial yang menghimpit rakyat pada masa kini contoh nya GST, 1MDB, Rosmah bermewah-mewah dan lain2 lagi.

2.terdapat Parti2 baru yang akan bertanding seperti ISMA, mungkin Perkasa dan lain2 lagi bersatu dengan parti PAS dan parti pembangkang yg lain

3.Sokongan Gen Y,golongan guru, pensyarah, pelajar kepada parti2 baru ini kerana mereka melihat UMNO adalah parti yg mengamalkan rasuah, kronisma , jemuan, bangang disokong pula oleh pro ahjibgor dan bloger lembuan yang diupah dan berbayar.

dan akhirnya pada PRU akan datang,

1.Mungkin UMNO terpaksa berkongsi kuasa dengan gabungan parti2 baru ini (itu masih ok lagi)

2. lebih teruk, Parti UMNO yang kita sayangi tewas

3.Amaran Awal telah pun di keluarkan oleh Tun M

4.Puak Ahjibgor yg di upah dan dibayar pula akan menuduh Tun M sebagai punca UMNO tewas.

kesimpulan nya,

Cermin lah pada diri masing2 apakah yang telah kita lakukan pada Parti UMNO yang kita sayangi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...