Saturday, January 10, 2015

TIDAK LEKA DENGAN BANJIR !

Seluruh jentera ATM digerakkan bagi membantu mangsa banjir dari segenap sudut. Dari Menteri, Timb Menteri, KSU, Peg Tinggi Tentera sampailah ke bawah semuanya terlibat . Alhamdulillah, dalam kesibukan itu DS Hishammuddin tidak sedetikpun leka daripada mengambil berat isu keselamatan.

KUALA LUMPUR 9 Jan - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dalam keadaan siapsiaga menghadapi ancaman keganasan luar sepertimana inisden 'Charlie Hebdo' di Perancis baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata kawasan tumpuan dalam negara perlu diberi tumpuan khas oleh pihak ATM sebagai langkah mengekang daripada insiden seumpama itu terjadi.

"Jangan ambil mudah mengenai apa yang berlaku di negara berkenaan, tidak mustahil kita hadapi dinegara kita sendiri.

"Sebab itu tumpuan dikawasan mencetuskan kebimbangan kita daripada ancaman keselamatan dan ketenteraan mestilah diberikan tumpuan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Jaket Kepada Kontinjen Malbatt 850-1 dan Malbatt 850-2 di Auditorium Kementerian Pertahanan disini, hari ini.
angkatan tentera malaysia, ATM, Charlie Hebdo, paris menteri pertahanan, datuk seri hishammuddin hussein, dato seri hishammuddin hussein, malaysia, pengkalan tentera laut diraja malaysia, TUDM, teluk sepanggar, kota kinabalu, pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat, umno, najib razak, anwar ibrahim, anwar liwat
Beliau dalam pada itu menjelaskan akan berangkat ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu pada 17 sehingga 18 Januari ini.

Jelasnya, lawatan itu bagi melihat kawasan persekitaran di Sabah dan peralatan ketenteraan yang akan dibawa masuk ke negara ini untuk menguatkan lagi sistem ketenteraan.

"Kita akan menghantar Lift Fleet Submarine dan kenderaan berperisai 8x8 daripada Deftech yang akan ditempatkan disana, dan menambah baik Lapangan Terbang Lahad Datu dan Labuan.

Ujarnya, ATM juga telah menempatkan Pesawat Hawks di pengkalan persisir pantai Sabah dan akan menempatkan aset sama di Pengkalan Hadapan di Lahad Datu.

Tambahnya, agenda keselamatan ini akan dibawa ke mesyuarat kabinet setiap minggu dan akan dijadikan agenda utama kementerian dalam membendung ancaman keganasan.

"Ini merupakan perancangan rapi yang akan kita umumkan pada masa sesuai.

"Ini bermakna Mindef dan ATM tidak mengambil mudah ancaman baru dan terus memperbaikinya," katanya.

8 comments:

Anonymous said...

Tahniah DS Hisham. Tak payah nak bising bising. Kerja berjalan dengan jaya.

Anonymous said...

Bencana banjir kali ini telah menjawab pelbagai tohmahan terhadap kerajaan dan terhadap Datuk Hishamudin. Ini takdir Ilahi.

Anonymous said...

Tahniah DS. Tahniah ATM

Anonymous said...

Ini tanahair kita. Kalau tidak kita tiada siapa akan menjaganya.

Anonymous said...

Semoga segala perancangan berjalan dengan baik dan jayanya.

Anonymous said...

Sepatutnya kita jadikan keadaan ini sebagai permulaan untuk kita bersatu

Anonymous said...

Dah sampai masa dah. Pengganas dan pelampau wajar diperangi.

Anonymous said...

Aku harap kerajaan lebih tegas. Jangan biarkan ia merebak baru nak bertindak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...