Sunday, January 18, 2015

MEMALUKAN !! PENONTON BOLA PERAK KENA BELASAH !

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) kesal dengan insiden pergaduhan membabitkan penyokong pasukan dengan penyokong Perak di Stadium Paroi pada 16 Januari lalu.
PBNS dalam satu kenyataan berkata, persatuan bola sepak itu sangat terperanjat apabila menerima maklumat mengenai insiden dalam perlawanan persahabatan yang juga bertujuan mengisi Tabung Mangsa Banjir.
“Kami amat terperanjat atas kejadian berdarah yang berlaku di Paroi selepas perlawanan persahabatan Negeri Sembilan dan Perak pada hari Jumaat lalu. Tidak tahu apakah puncanya.
“Tetapi kejadian ini amat memalukan rakyat dan penyokong setia bola sepak Negeri Sembilan,” kata kenyataan itu melalui laman Facebook rasmi PBNS.
Menurut PBNS, kelakuan samseng dalam kalangan penyokong bola sepak Negeri Sembilan perlu dibendung oleh semua pihak termasuk dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika mendapati wujud anasir itu.
Tegas kenyataan itu, sukan bola sepak untuk mengeratkan perpaduan bukannya untuk menjadi punca perbalahan.
“Walau apapun alasan, kami memohon maaf kepada penyokong Perak atas kejadian yang pertama kali terjadi di Paroi itu. Semoga pihak berkuasa dapat mengenalpasti dan menangkap mereka yang terlibat,” kata kenyataan itu. -MYNEWSHUB

Ulasan

Aku rasa ini bukan kali pertama berlaku. Bahkan sudah agak kerap sedangkan zaman aku muda muda dulu tak ada pulak kes berpukul pukul pasal tengok bola. Aku rasa FAM perlu tangani benda ni dengan serius. Pencapaian bolasepak kita tak tara manapun tapi sampai nak berbunuhan.

Lebih malang lagi apabila peristiwa ini adalah perlawanan persahabatan yang niatnya baik sangat, nak kutip derma untuk mangsa banjir. Menteri Sukan kena tengoklah. Peristiwa ini berlaku di kampung laman Menteri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...