Monday, January 12, 2015

INI PETANDA KEADILAN ALLAH, INSYAALLAH.

Kita diuji dengan pelbagai ujian. MH 370, MH17, banjir besar dan sebagainya. Aku anggap ini ujian berskala besar. Malangnya pulak, kita tidak bersatu menghadapi semua ini. Seakan akan ada dia kumpulan. Kerajaan di satu sudut, pembangkang di sudut yang lain.

Harapan kebanyakan rakyat Malaysia, mudah mudahan LIMA 2015 ini akan berlangsung dengan cemerlang. Dengan 92% ruang pameran telah ditempah, 35 negara bersetuju untuk menyertai, tanda tanda kejayaan mula kelihatan.


Apapun hakikatnya kita boleh berusaha sebaik baiknya, selebihnya kita berserak kepada ALLAH, mudah mudahan ALLAH anugerahi kita kejayaan. Datuk Seri Hishammuddin telah berjaya melepasi banyak ujian bersama pasukannya. Kita harap kejayaan yang lebih besar dapat dicapai melalui LIMA 2015, insyaallah.


Keyakinan kita, selepas ALLAH menguji kita, ALLAH akan mengangkat darjat kita mudah mudahan...


KUALA LUMPUR 12 Jan - Pameran Udara dan Maritim Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 akan menjadi pameran terbesar berbanding dengan edisi sebelum ini ekoran ada peningkatan 11 peratus penyertaan syarikat pempamer.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata LIMA edisi ke-13 yang telah diadakan itu tidak boleh menggunakan pendekatan lama berikutan dunia sudah berubah.

"LIMA 2015 amat penting bukan sahaja kepada negara dan rantau kita tetapi sebenarnya jika dibawa dengan baik, kita boleh menunjukkan kepada dunia bahawa dengan gandingan semua pihak secara ikhlas dan terurus, saya percaya pesanan akan dibawa kepada dunia daripada kepimpinan negara kita pada hari ini.

"Ini memerlukan sokongan dan sandaran daripada semua pihak yang berpentingan. Setakat hari ini saya lihat tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersama-sama dengan kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Laman Sesawang dan Apresiasi LIMA 2015 di Auditorium Wisma Pertahanan disini, hari ini.
Hishammuddin, Tun Hussein, menteri pertahanan, mindef, LIMA, LIMA 2015, pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat, anwar ibrahim, anwar liwat
Sebelum itu, beliau sempat mempengerusikan mesyuarat Mesyuarat Penyelarasan Menteri-Menteri LIMA 2015 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya.

LIMA 2015 mempunyai keistimewaan tersendiri berikutan kerajaan turut memfokuskan penglibatan komuniti ASEAN sebagai salah satu komitmen Malaysia dalam menerajui ASEAN pada 2015.

Penganjuran tersebut bukan sahaja dapat memperkukukan hubungan erat di kalangan negara anggota tetapi turut merancakkan pasaaran bagi industri maritim dan aeroangkasa pertahanan dan komersial di kalangan negara ASEAN.

LIMA 2015 merupakan penzahiran dan teknologi terkini dalam bidang maritim dan aeroangkasa sebagai satu agenda strategik negara dalam menambah daya tarikan pelancong.

Acara Nasional merupakan nama pengiktirafan oleh kerajaan bagi pameran ini dan meletakkan pameran ini sebaris dengan pameran industri pertahanan dan maritim utama dunia yang lain seperti International Defence Exhibition and Conference (IDEX) dan Australian International Airshow dan Aerospace & Defence Exposition (AVALON).

12 comments:

Anonymous said...

GOOD LUCK. SEMOGA BERJAYA.

Anonymous said...

Banyak cabaran telah kita tempoh termasuk yang sengaja diadakan. Sabar, redha. Allah bersama orang yang sabar.

Anonymous said...

Tanda nak berjaya dah nampak. Tapi jangan pandang ringan situasi semasa. Aku syok campur gementar. La ni macam macam jadi

Anonymous said...

Saya percaya sudah sampai masa kita bercakap soal kejayaan dan kecemerlangan. Terlalu fokus kepada masalah akan menjejaskan segala perancangan untuk membangunkan negara. Harap semua pihak akan membantu menjadikan LIMA 2015 sebagai mercu tanda kehebatan negara bangsa.

Anonymous said...

Semoga berjaya, insyaallah. Good luck datuk dan pasukannya.

Anonymous said...

Asalkan perancangan betul, kerjasama mantap, insyaallah LIMA 2015 ini akan berjalan dengan jayanya.

Anonymous said...

Saya setuju jika LIMA ini jadi ujian buat DS Hishammuddin. Beliau berjaya menangani krisis. Kita lihat pulak beliau melaksanakan sesuatu yang besar

Anonymous said...

Rakyat Malaysia akan bersatu mendoakan kejayaan LIMA ini.

Anonymous said...

Lima 2015 ini memang tepat pada masanya. Kita perlu pertingkatkan aset pertahanan bagi mengatasi ancaman yang semakin meningkat

Anonymous said...

Saya suka cara DS Hishammuddin. Berfikir besar dan berkongsi harapan dengan orang ramai. Ini cara memasyarakatkan apa jua rancangan kerajaan

Anonymous said...

Aku risau jugak. Harap ciri ciri keselamatan diutamakan

Anonymous said...

Kebanyakan manusia akan bangkit selepas jatuh. Mungkin jatuh banyak kali, tapi jangan jemu untuk bangkit semula. Inilah yang kita harapkan dari LIMA 2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...