Monday, January 26, 2015

BIJAK BILA MERENDAH !

KOTA KINABALU 26 Jan - “Saya tidak layak,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, untuk menasihati bekas pemimpin parti dan kerajaan yang kini sering mengkritik pentadbiran semasa di bawah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, walaupun merupakan pemimpinan kanan UMNO dalam hierarki kerajaan, beliau tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan nasihat kepada orang yang diibaratkannya sebagai guru.

Bagaimanapun tegas Menteri Pertahanan itu, banyak perkara yang berlaku dalam negara dan pentadbiran sekarang ini juga berpunca daripada keputusan-keputusan pemimpin terbabit suatu ketika dulu.

“Siapa saya untuk menasihati orang yang mengajar saya hingga menjadi Naib Presiden hari ini? Adakah saya yang layak menasihati mereka? (Sedangkan) saya adalah hasil daripada didikan mereka.

“Mereka (pemimpin terdahulu) perlu tahu apa yang diajar oleh mereka, nilai-nilai yang mereka amal dan ajar ketika mereka memimpin diwariskan, (pemimpin sekarang) mengamalkannya,” jelas Hishamuddin.

Sehubungan itu beliau berharap perkara itu disedari semua bekas pemimpin atau pegawai tinggi kerajaan yang kini mencemuh kerajaan, bahawa kebanyakan apa yang mereka kritik telah berakar umbi ketika mereka berkuasa.

“Tidak bolehlah kerana mereka tidak lagi memimpin sekarang, maka mereka perlu membangkitkan pelbagai masalah. Apa yang kita ada sekarang adalah warisan dan legasi daripada kepimpinan mereka sendiri,” tegasnya.

Hishamuddin menambah: “Mereka telah memimpin negara selama bertahun-tahun, dan kita sekarang bersedia untuk menghadapi apa sahaja berdasarkan kepimpinan mereka.”

Kenyataan Naib Presiden UMNO ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang membuat beberapa kenyataan yang didakwa menyerang kepimpinan Najib.

Sebagai tindakan balas, media arus perdana dikatakan menggunakan pembangkang, terutamanya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerang balik Dr Mahathir dan Daim.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau kapal selam KD Tunku Abdul Rahman Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang berlabuh di Teluk Sepanggar di Sabah, Hishammuddin menggesa semua bekas pemimpin negara untuk melihat gambaran yang lebih besar.

“Mereka telah memimpin negara selama bertahun-tahun, dan kita sekarang bersedia untuk menghadapi apa sahaja berdasarkan kepimpinan mereka,” katanya.RN




Ulasan

Aku rasa suka tak suka orang kena akui bahawa DS Hishammuddin sedang berada dalam situasi ' boleh bagi pandangan '. Akhir akhir ini ' kerja ' menyebabkan beliau begitu kedepan.

Tapi beliau mengambil pendekatan menghormati, merendah diri. Beliau bijak sebab bukan mudah nak bercakap sesuatu tentang Tun M atau Tun Daim. Mereka legend dalam negara kita.


7 comments:

Anonymous said...

Bijak. Biar orang nak kata apapun takpe sebab silap bagi pandangan tentang Tun M terutamanya boleh menimbulkan kemarahan rakyat.

Anonymous said...

Cayalah. Gua sokong ini orang. Apa mau komen bro. Tun M bukan biasa punya orang.

Anonymous said...

Umum menganggap Tun Mahathir bapa Malaysia. Walaupun telah bersara hormat dan kasih rakyat kepada beliau masih tidak berkurang. Adalah sesuatu yang kurang manis jika ada pemimpin semasa mahu mengkritik Tun secara melampau. DS Najib sendiri mengambil pendekatan sederhana.

Anonymous said...

Dulu saya tak minat sangat Datuk Hisham. Sekarang nampaknya beliau amat gigih berusaha menjayakan hasrat kerajaan . Saya mula meyakini beliau.

Anonymous said...

Masa berubah, manusia juga berubah. Datuk Hishamudin nampak sangat perubahannya akhir akhir ini.

Anonymous said...

TERBAIK. MENGENANG BUDI.

Anonymous said...

Terbaik. Jgn jadi pemimpin Pas. Semua nak bercakap akhirnya berpecah belah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...