Friday, January 16, 2015

JAKIM TELAH GAGAL !

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengelak untuk menerima cadangan berdebat dengan peguam Eric Paulsen ekoran kenyataan beliau yang mendakwa pihak berkuasa agama itu "mempromosikan ekstremisme".

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata cadangan berdebat yang turut dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shabery Cheek, "bukan soal isu, bukan soal pokok".

"Kes Eric ni sedang dalam siasatan polis, soal debat ini bukan soal isu, bukan soal pokok.

"Selesai dulu kes dia ini di mahkamah," katanya melalui kiriman Whatapps yang dimajukan oleh pegawai perhubungan awam Jakim kepada Malaysiakini semalam.

Ahmad Shabery semalam turutbersetuju mengenai saranan agar satu debat terbuka diadakan antara Jakim dan Paulsen sebagai memberi peluang kepada peguam itu menjelaskan maksud kenyataannya yang mendakwa Jakim mempromosikan ektremisme.

Sementara pengamal undang-undang itu pula turut mengalu-alukan cadangan menteri itu dan menerima jemputan debat dalam satu kenyataan ringkasnya di Twitternya semalam.

Mengulas persetujuan Eric untuk berdebat, Othman pula membidas pengarah eksekutif NGO Lawyer For Liberty (LFL) supaya "tidak mencari helah" daripada siasatan polis.

"Jangan dia cari helah untuk mengelakkan daripada siasatan ini dengan mengalihkan kepada mempertahankan diri melalui debat pula.

“Selesai dulu di mahkamah," katanya lagi.


Ulasan

Aku kagum. JAKIM telah gagal diperangkap oleh Eric. Aku rasa Datuk Ahmad Syaberypun hanya bercakap mewakili Kementerian beliau. kalau nak debat, RTM boleh siarkan.

Aku tak berapa cenderung dengan perkataan debat sebab awal awal lagi kita dah tau siapa Eric. Dia tahu dia berikan fakta yang salah. Dia tahu apa kandungan khutbah, bahkan dia tahu betapa murninya Islam.

Eric sekadar mahu menguji ' berani ' atau tidak umat Islam dalam keadaan berpecah belah ni. Berani tak pihak berkuasa ambil tindakan. Sekarang dia dah tersepit dan cuba lari. Kalau dilayan, macam kita bukak pintu untuk dia menyelinap keluarlah.

Tahniah JAKIM !

2 comments:

Anonymous said...

Orang bukan Islam..... tolong jangan masuk campur urusan Agama Islam!

Anonymous said...

Betul. Orang Islam pun tak pernah mencampuri urusan agama lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...