Saturday, January 11, 2014

KALAU BENAR HASAN MALEK LETAK JAWATANPUN, KERAJAAN TAK RUGI !


Semalam heboh diperkatakan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan meletak jawatan. Aku lega sebenarnya. Tiba tiba Pejabat Menteri keluarkan kenyataan balas menafikannya.

Aku beranggapan Hasan Malek telah gagal. Kenaikan harga barang secara melampau menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan. Ini kejayaan pembangkang. Orang kaitkan kenaikan harga barang dengan langkah penyusunan semula subsidi gula dan minyak.

Ini tidak benar. Kenaikan harga barang adalah kesan manipulasi dan tindakan jahat para peniaga dan pemborong. Mereka untuk keliling..

1.  Mereka untung dari sudut ' duitnya '

2.  Mereka untung kerana berjaya suburkan marah dan benci kepada Kerajaan.

Kenaikan berlaku di seluruh negara dan melibatkan semua barang tapi yang aku dengar ada peniaga di Pasar Borong Selayang ( sahaja ) telah dikompaun kerana kesalahan ini.

Dua kegagalan Kementerian Hasan Malek yang mungkin menyebabkan kerajaan ini runtuh, mungkin..

1.  Kegagalan memberikan kefahaman kepada rakyat
2.  Kegaglan menguatkuasakan undang undang

Yang menjadi mangsa kerana kegagalan ini ialah rakyat terbanyak. Ini isunya. Aku rasa kita tak boleh berdolak dalik. Kerajaan ini perlu dipertahankan. Hasan Malek perlu ada kerangka masa bagi mengukur keberkesanannya.

Hasan Malek tidak boleh sekadar menyalahkan rakyat kerana tidak membuat aduan. Ini dah jadi isu nasional, tak payah tunggu aduan pun orang tahu apa berlaku. Pilihannya jika hasan Malek rasa sudah tidak berdaya, maka aku fikir baiklah berundur supaya oarng yang berkesan dapat mengambil alih !


 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...