Tuesday, January 28, 2014

TOLONGLAH JANGAN KAITKAN TUN M DENGAN PRK KAJANG !


Dah ada cakap cakap mahu Tun Mahathir diletakkan sebagai calon BN di Kajang.
Aku percaya ramai orang mahu Anwar diktator kalah di Kajang sebab nampak sangat kuku besinya. Ramai juga orang percaya Tun Mahathir mampu kalahkan Anwar !

Sesuatu yang wajib kita semua fahami, Tun tak pernah ada masalah peribadi dengan Anwar Ibrahim. Tidak pernah. Pemecatan Anwar adalah akibat isu moral dan salah guna kuasa yang dilakukannya.

Sebarang tindakan Tun bersifat 'negarawan'. Menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair daripada seseorang yang pada masa itu dibuktikan amat bermasalah.

Aku yakin Anwar akan menang di DUN Kajang walau siapapun lawannya termasuk Tun Mahathir. Ini politik baru. DAP adalah faktor penentu di DUN Kajang kerana pengundi Cina menghampiri 40 %.

Bayangkan jika Tun bertanding. Segala macam usaha akan dilakukan bagi mempastikan tiada satupun undi Cina lari ke BN. Dengan kelemahan jentera BN Selangor, aku jangka Pakatan akan menang mudah.

Mereka akan mendapat kemenangan berganda kerana yang dikalahkan ialah Tun Mahathir yang amat digeruni oleh pembangkang khasnya DAP sebelum ini. Aku berpandangan biarkan Anwar menang percuma.

Wang dan masa dapat dijimatkan. Pakatan memang sedang berpecah tetapi untuk pastikan UMNO kalah mereka akan bersatu. Baik abaikan DUN Kajang dan kita biarkan perpecahan dalam Pakatan berpanjangan...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...