Wednesday, February 12, 2014

SERAM !!! TEROWONG BERHANTU !


Untuk bacaan orang dewasa saja.

Terowong Menora

Terowong Menora adalah antara terowong terpanjang di Asia. Pembinaannya adalah sebahagian daripada Lebuhraya Utara Selatan. Terowong ini semacam berada di puncak bukit. 

Kalau ada angka, aku rasa terowong ini mencatatkan kadar kemalangan paling tinggi.
Tak kiralah samada masa nak naik mahupun masa nak turun terowong. Lazimnya kalau berlaku kemalangan, banyak yang meninggal dunia.

Mungkin sebab itu orang kata terowong ini berhantu. Tapi tak taulah sejauh mana kebenarannya.



Terowong Johor

Terowong ini baru jer berhantunya. Sejak perlawanan di antara JDT dengan T-Team yang mencetuskan kontroversi. Aku rasa yang paling panas dalam sejarah. Kononnya ada kes pukul yang dilakukan oleh seseorang yang berpengaruh. Ada yang tuduh, ada yang nafi.

Sekarang ni dah lawan sumpah Quran pulak dah. Pada aku ini tragedi bagi bolasepak Malaysia. Hebat tak tara mana, kontroversi yang lebih. Aku kata terowong stadium ni berhantu sebab orang tak berani nak bercakap sangat mengenainya.



Terowong jeng..jeng...jeng..

Semalam mahkamah memutuskan Tan Seri Shafie Abdullah layak menjadi pendakwaraya bagi kes Anwar Ibrahim liwat Saiful. Dah tertunda bertahun tahun. Anwar ni, hakim dia nak tentukan, pendakwapun dia nak tentukan.

Shafie tak layak katanya kerana ada hubungan dengan UMNO. Peguambela Anwar semua pencacai Pakatan. Boleh pulak ?

Maka kita akan dapat mendengar, menilai semula apa yang berlaku dan siapa Anwar Ibrahim. Aku yakin selepas ini akan terjawab persoalan, apakah benda tumpul yang masuk dalam ' terowong 'Saiful.

Aku harap selepas ini Saiful akan dapat kembali hak dia sebagai manusia...Rakyatpun insyaallah akan jelas apa yang berlaku dan sistem kehakiman kita tidak lagi jadi barang mainan Anwar...






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...