Monday, July 27, 2015

TAK PAYAH AMARAN DAH.

KUALA LUMPUR – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggelabah dengan amaran kerajaan mahu mengekstradisi pengendali portal Sarawak Report, Brown cuba mensabotaj kerajaan negara ini melalui laporan palsu.
Kedua-dua parti itu membantah warga asing yang sering memburukkan kepimpinan negara melalui laporan berunsur fitnah tersebut diekstradisi dengan alasan kononnya ia akan menjatuhkan imej negara di mata dunia.

“Cadangan mahu mengekstradisi Claire akan menjadikan Malaysia bahan tawa antarabangsa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu segera mengabaikan idea tersebut,” tegas Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Rajiv Rishyakaran dalam satu kenyataan hari ini. ‘

Beliau turut mempertahankan Claire bukan individu yang memalukan Malaysia melalui laporan-laporannya yang memburukkan negara ini sebaliknya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wartawan.

Ketua Biro Politik PKR, N.Surendran pula mendakwa kerajaan Malaysia tidak akan dapat mengekstradisi pengendali portal Sarawak Report itu dari United Kingdom ke negara ini.
Dakwanya, kerajaan British tidak akan membenarkan mana-mana rakyat negara itu diekstradisi oleh Malaysia kerana mendedahkan isu membabitkan wang bernilai bilion ringgit.

Ahmad Zahid semalam memaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berurusan secara rasmi melalui Wisma Putra untuk berhubung dengan kerajaan Britain mengenai Claire.
Bekas staf syarikat PetroSau
di International, Xavier Andre Justo yang ditahan polis Thailand baru-baru ini mendedahkan pernah bertemu Clare dan tokoh politik Malaysia berhubung pertukaran dokumen kononnya bukti penyelewengan 1MDB yang sebenarnya adalah palsu.
– MYNEWSHUB.CC

Ulasan
Pandangan akulah. Tak usah banyak kenyataan, tak perlu banyak amaran. Ini masa bertindak. Dah lama dah KDN bagi amaran demi amaran. Aku yakin Allah dah bukak jalan. Kali ini, usah bertangguh lagi. Kebenaran mesti ditegakkan.

1 comment:

Anonymous said...

Keberanian zahid talam 3 muka ini hanyalah cakap kosong.
Hisham jauh lebih berani kerana begitu tegas mengingatkan jika 1mdb tak mahu beri kerjasama akan menimmbulkan masalah pada PM. PM pun dah berbincang dgn peguam-peguamnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...