29 orang ditangkap. Ada yang provok pasukan keselamatan. TMI kata ada yang lontar mercun kepada polis. Katalah mereka ini mahu kebenaran ditegakkan tapi apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang salah di sisi undang undang.

Aku harap pihak berwajib bertegas sekali ini. Dah lama sangat mereka diberikan kebebasan sehingga mereka tak hormat lagi hak asasi orang lain yang mahu ketenangan di hujung minggu. Usah banyak sangat warning sebab ada orang jadikan warning sebagai bahan lawak



KUALA LUMPUR -  Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, "lagi ditangkap, lebih ramai akan ke hadapan!".

Menurutnya, penahanan tersebut tidak akan dapat menghalang suara orang muda untuk terus melaungkan pendirian menolak Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Kami seru anak muda terus bersama menyatakan pendirian menolak Najib dan kerakusan pentadbirannya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Nazmi turut mengkritik tindakan polis melakukan penahanan ke atas aktivis dan pemimpin AMK di himpunan #TangkapNajib.

"Kami mengecam tindakan polis menangkap aktivis-aktivis di Himpunan #TangkapNajib termasuk Naib Ketua AMK, Tan Kar Hing, Setiausaha AMK, Chang Lih Kang dan Exco AMK, Afzainizam Abdul Rahman.

"Ini berikutan tangkapan Adam Adli, Mandeep Singh dan Setiausaha Pengelola AMK Syukri Razab semalam," katanya lagi.

Dua pemimpin AMK, Chan Lih Kang (Setiausaha AMK Pusat) dan Tan Kar Hing (Naib Ketua AMK Pusat) antara yang ditahan oleh pihak berkuasa dalam himpunan #Tangkap Najib di pekarangan Sogo hari ini.

Kedua-duanya ditahan sebaik sahaja mereka mula melaungkan provokasi pada himpunan tersebut.

Terdahulu, polis memberi amaran tegas kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan#TangkapNajib bagi menggesa penangkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur dan orang awam yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.