Friday, September 5, 2014

NAJIB RAZAK WAJIB UNDUR DIRI !!

Beliau telah gagal menunaikan janji memansuhkan Akta Hasutan, Akta lapuk yang menimbulkan ketakutan kepada rakyat. Ini negara demokrasi, rakyat tak boleh hidup dalam ketakutan lagi.

Kah ! Kah ! Kah ! Kenapa pemimpin Pakatan dan macai mereka menggelupur? Panas yer?

Weii !! Yang kena dakwa yang menghasut.
Yang kena dakwa ialah yang mengeluarkan kenyataan berbahaya terhadap ketenteraman awam. Yang mendakwa bukan Najib. Jangan buat cerita bodoh.

Sebenarnya tiada seorangpun pemimpin Pakatan didakwa melainkan yang menghasut. Mudah jer. Tak nak kena dakwa, jangan menghasut. Ini fakta yang budak darjah tigapun faham.

Aku bukan saja sokong Akta Hasutan kekal bahkan harap ISA dikembalikan. Kita nak jaga negara, bukan nak jaga dua/tiga orang penghasut.

Aku jugak harap pencinta keamanan nyatakan sokongan kepada kerajaan. Dah sampai masa, kerajaan tegas tegakkan undang undang demi menjaga negara bangsa tercinta ini.

Thursday, September 4, 2014

HARAMJADAH PUNYA BAPAK !

JERTIH - Harapkan pegar, pegar makan padi. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada seorang bapa di sebuah kampung di sini apabila dipercayai tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.

Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 13 tahun.

Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.

Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu di rumahnya di sebuah kampung di sini.

Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.

“Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu,” katanya.

Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.

Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut berlaku di rumah.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.

Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5 petang pada Khamis lalu.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Wednesday, September 3, 2014

LIM GUAN ENG BELUM GUNA BABI !

KPN bukan lembu suci

Zahid kambing hitamkan DAP

Letih sangat...

Yang Guan Eng belum sebut babi jer lagi. Aku pulak geli nak tunjuk gambar babi. 

TUN HADIR !


Apabila Tun Mahathir menegur pentadbiran DS Najib Razak, Pakatan macam dapat tonik. Mereka yang sedang tenat pantas memainkan isu ini seboleh bolehnya. Nak gambarkan betapa ' habislah ' Najib.
Mereka silap besar. Teguran adalah teguran bapa kepada anak dan sangat baik bila si anak tidak melawan.

Semalam Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah hadir upacara penghormatan sebahagian lagi jenazah MH 17.
Apa maknanya. Pertama Tun berdua ingin berkongsi perasaan sayu hiba kaum keluarga dan rakyat.
Kedua Tun berdua mahu berkongsi pertanggungjawaban kerajaan Najib.

Indahnya melihat gambar di atas ( Terima kasih sumber ). Dua orang Menteri Kerajaan Najib sedang bersama isteri Tun Mahathir, menenangkan beliau. Tidakkah ini membawa makna yang tersendiri  Ibu yang
penyayang bersama anak anak yang menghormati...apa kata Pakatan ?


Tuesday, September 2, 2014

GEMPAR !! CERAMAH MANTAP RAJA BOMOH ! JOM DENGAR...





ZAHID HAMIDI NAK LARI KE MANA ?

Korang baca ni..di sini...

Aku rasa DS Zahid akan tergelak baca laporan akhbar Harakah ni. Mukahid Yusuf Rawa yang selama ini bercakap macam Raja Liberal tiba tiba melenting apabila Menteri Dalam Negeri keluarkan kenyataan mahu menyiasat Unit Amal PAS.

Nak siasat jer pun. Bukan kata nak suruh bubar macam PPS kat Negeri Bogel tu. Siasat. Kalau ok aku rasa oklah. Kalau tak ok maka tak oklah.

Kalau benar benar terbuka, jangan terbuka masa nak untung . Bila ada kemungkinan rugi kelam kabut melenting.

Dari sudut ini aku sokong langkah KDN. Dah sampai masa undang undang mesti ditegakkan tak kira siapa untung siapa rugi. Kalau dalam UMNO ada unsur pelanggaran undang undang, balun jugak.

Dan aku rasa Mujahid tak usah emosilah. Dah pasti KDN tiada sedikitpun ketakutan terhadap dia atau siapa saja...

Monday, September 1, 2014

DUA SISWI DICEKUP BERSAMA Z***R TIRUAN !

Dua siswi bernafsu songsang dicekup
  • Pasangan lesbian itu tergamam selepas bilik hotel mereka diserbu penguatkuasa agama, malam kelmarin.Pasangan lesbian itu tergamam selepas bilik hotel mereka diserbu penguatkuasa agama, malam kelmarin.
 1 / 1 
Aku tak taulah samada nak gelak ke nak sedih. Pelik pun ada. Belumpun Gerakan LGBT diterima, perlakuannya dah dikesan di negara kita. Kalau ikut berita ini budak budak cerdik, orang mengaji...

JOHOR BAHRU - Dua penuntut wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan operasi Ambang Merdeka, awal pagi semalam.

Meskipun pada mulanya tiada sebarang syak untuk mendakwa kedua-duanya melakukan khalwat, namun serbuan dilakukan akhirnya membongkar rahsia pasangan lesbian atau dalam Islam disebut sebagai musahaqah itu.

Serbuan sekitar jam 12.45 pagi yang dilakukan sembilan anggota dan pegawai, diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari itu menemui alat kelamin lelaki tiruan di dalam bilik berkenaan.

Ketika diketuk untuk melakukan pemeriksaan, seorang daripada mereka berpakaian lengkap memberi kerjasama dengan membuka pintu bilik hotel, manakala seorang lagi berada dalam bilik air dalam keadaan tanpa seurat benang.

Selepas anggota operasi memperkenalkan diri, kedua-dua penuntut IPTA berusia masing-masing berusia 20 dan 21 tahun itu hanya terdiam malah tergamam apabila bilik hotel dihuni mereka diserbu pihak berkuasa.

Ketika disoal siasat, salah seorang daripada mereka mendakwa alat kelamin lelaki tiruan terbabit baharu sahaja dibuka dari paket dan belum dicuba, sebaik sahaja diterima hasil pembelian secara ‘online’.

Zamri berkata, pasangan penuntut terbabit ditahan pihaknya mengikut Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana disyaki melakukan musahaqah.

“Mengikut enakmen ini, mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu,” katanya.

Mohd Zamri berkata, pelbagai peralatan lain termasuklah komputer riba milik pasangan penuntut wanita terbabit dirampas dalam serbuan itu.

Mereka merupakan antara lapan pasangan yang ditahan dalam serbuan Operasi Ambang Merdeka bermula 11 malam hingga 3.30 pagi di sekitar Taman Gaya, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Taman Desa Cemerlang dan Taman Johor Jaya.

Kesemua pasangan yang ditahan, dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat JAIJ untuk tindakan lanjut.

Sinar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...