Tuesday, April 29, 2014

GEMPAR !!! YUSRI KRU DAN LISA SURIHANI BERPISAH JUA !!

Telah melayari bahtera rumah tangga selama dua tahun bersama Yusry Abdul Halim ternyata kesibukan dalam tuntutan tugas sebagai artis membuatkan pasangan ini terpaksa ‘berpisah’.



Sekurang-kurangnya buat ketika ini, kata Lisa Surihani. Masakan tidak, kalau Yusry sibuk dengan kerja-kerja produksinya, Lisa juga tidak menang tangan dengan aktiviti seni.

Terbaru Lisa yang dipilih sebagai hos HBO Sentral dalam Bahasa Melayu sedang menjalani penggambaran filem muzikal, Sinaran arahan Osman Ali di Singapura.

“Saya memang agak sibuk ketika ini, memang agak sukar untuk berjumpa dengan Yusry kerana dia pun sibuk dengan urusan pasca produksi filem terbarunya, Cicakman 3.

“Kami berdua sibuk dengan tugasan masing-masing tapi saya tidak mahu mengeluh kerana industri ini adalah punca rezeki kami," ujarnya.

Namun Lisa memberitahu dia amat bertuah kerana mendapat suami yang bukan sahaja memahami tetapi juga amat mengambil berat terhadap dirinya.

“Walaupun sibuk Yusry tetap mencari masa berjumpa saya. Kalau sempat dia pergi ke Singapura untuk menjenguk saya. Walaupun jauh tanggungjawab dia sebagai suami tetap juga ditunaikan.

“Alhamdulillah saya dapat suami yang memahami. Keluarga baginya adalah perkara yang perlu diutamakan walau sesibuk manapun keadaannya," jelas Lisa lagi.

Diusik perihal soal anak selepas dua tahun melayari alam rumah tangga, Lisa seolah-olah mengelak daripada menjawab persoalan tersebut.

Bukan kurang senang tetapi bagi dirinya adalah lebih baik bercerita tentang kisah kerjaya berbanding peribadi.

“Bukan tidak mahu menjawab tapi sudah cukup rasanya cerita-cerita ini dikeluarkan sebelum ini, banyak sangat cerita hal ini nanti orang akan bosan nanti.- Sumber, kita doakan kebahagian mereka yer...

4 comments:

Anonymous said...

Semua orang tahu bhw Yusri adalah seorang homoseks tegar.
Kita tengok berapa lama, Lisa akan tahan tanpa nafkah batin.
Era pun cabut.

Anonymous said...

budak hingus ni agaknya hati dah busuk..bukannya berdoa untuk kebaikan..harap jaga akhlak dan cermin diri dulu..

Anonymous said...

Doakan kebahgian diorang....jangan jadi macam wartawan hiburan .....suka heboh dan buat rumahtanga orang goyang dan akhirnya punah ranah........wartawan hiburan ni memang celaka besar.

Anonymous said...

Nafsu nafsi kene setel sendiri. Cinta pada Allah kekal abadi x faham jugak kawin lgi x sama marah jnji glamour sebelum glemek. Banyak2 solar Dan zikir inshaallah selamat. Dunia ni kojap Jo. Ramai Org meninggal bukan kira umur tpi ajal bila nk sampai Kita kena ingat OK. Nasehat Org dpt pahala khianat Org dpt dosa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...