Sunday, June 14, 2015

LIM KIT SIANG MALUKAN A SAMAD SAID.

KUALA LUMPUR 13 Jun - Sasterawan Negara Datuk A Samad Said hari ini secara rasmi menyertai DAP sebagai tanda sokongan terhadap perubahan politik di negara ini.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Pak Samad itu turut diangkat sebagai “Perwira Ubah” oleh penasihat parti Lim Kit Siang.

"Mereka menganggap tindakan ini akan mencederakan imej sasterawan negara, tetapi bagi saya  ia tidak menjadi masalah kerana setiap tindakan pasti ada pro dan kontranya," katanya.

Pak Samad turut mengakui telah sekian lama menyimpan hasrat untuk menyertai DAP namun tidak pernah dizahirkan walaupun ada golongan yang berasa kurang senang dengan keputusannya itu.


Ulasan

Korang baca ayat yang aku condongkan. Sebenarnya Lim Kit Siang sendiri nak bagitau, imej A Samad Said dah cemar, dah calar.

Orang lain tak kata apapun. Bahkan, aku rasa dah tak anggap A Samad Said sebagai sasterawan pun.

2 comments:

Anonymous said...

Usahalah dan tujulah ke matlamat untuk menjadi Hamba Allah.
Jadi hamba DAP dah ambil kira , tak mau tak mau kita adalah Hamba Allah.
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

Pak Samad dah hilang pertimbangan hidup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...