Sunday, February 20, 2011

SYED AZMAN SOKONG NAJIB

" LEBIH MAKAN "


YAKIN MESIR DAN MALAYSIA BERBEZA..

SYED AZMAN NI ADALAH TOKOH PAS. DALAM MASA PAS DOK SIBUK MENGUGUT UMNO/BN BAHAWA AKAN ADA KEBANGKITAN SEPERTI DI TUNISIA, MESIR, LIBYA DAN BAHRAIN, MAMAT NI SUDAH BAGI KEYAKINAN BAHAWA TAK MUNGKIN RAKYAT AKAN BANGKIT MEMBERONTAK DI MALAYSIA.

SYED AZMAN SIAP BAGI DALIL DAN HUJAH LAGI. ANTARA LAIN , MAMAT NI KATA

1. DI MESIR KEBEBASAN BERSUARA DAH DINAFIKAN SELAMA LEBIH 30 TAHUN.
2. DI MESIR, PILIHANRAYA SAJA BUAT ACAH JER. KERAJAAN MUBARAQ DAH ADA KEPUTUSAN DAH.
3. DI MESIR KAUM KERABAT MUBARAQ KAYA RAYA, HIDUP MEWAH KERANA AMALAN RASUAH MELAMPAU.
4. KEKAYAAN MESIR HANYA DIMILIKI OLEH KAUM KELUARGA MUBARAQ. ORANG LAIN HIDUP MENDERITA.
5. RAKYAT MISKIN. LEBIH 70% HIDUP MELARAT KESAN KEMISKINAN.
6. KOS HIDUP PUNYALAH TINGGI DI MESIR. PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH HANYA 4 RINGGIT JER..
7. 60% ANAK MUDA ADALAH PENGANGGUR. MAKNANYA TAK ADA PEKERJAAN TETAP.

DEMIKIANLAH KATA SYED AZMAN. TAK TAULAH APA JADI KALAU NIK AZIZ BACA PANDANGAN SYED AZMAN NI. CAKAP MACAM ORANG UMNO JER.

SYED AZMAN NI MACAM SOKONG KENYATAAN DS NAJIB. UMNO/BN LETAK RAKYAT DI DEPAN. BETUL PUN. KAYA RAYA ORANG KITA NI.

DI MESIR ORANG MATI TAK MAKAN. DI MALAYSIA ORANG MATI LEBIH MAKAN.


4 comments:

Anonymous said...

yang gemok boroi adalah luncai

shamsulS2 said...

Pada pandangan saya, keadaan ditanah tumpahnya darahku ini tidak ada langsung persamaannya dengan keadaan dinegara-negara timur tengah yang didalam keadaan huru-hara itu.

Keadaan huru-hara jika timbul ditanah tumpahnya darahku ini adalah disebabkan oleh pihak-pihak yang ingin berkuasa atas dasar kepentingan sendiri dan menggunakan alasan suara rakyat.

Jika ada satu suara rakyat tanah tumpahnya darahku ini yang tidak menyokong dan membantah tindakan pihak-pihak yang ingin berkuasa atas dasar kepentingan diri maka adalah dingatkan dengan keras bahawa tindakan mereka tersebut bukannya mewakili suara rakyat yang mereka war-warkan itu.

"Parik paga dalam nagari
Punco baliung tangah koto
Tau diribuik kamandingin
Tau didahan kamaimpok
Satahun parang kausai
Lah tau kalah manangnyo"

Oleh itu bersatulah orang-orang Melayu agar kuasa memerintah tanah tumpahnya darahku ini tetap berada ditangan kita untuk kelangsungan hidup bangsa Malaysia.

Hamdan Rukun said...

SHAMSUL S2,

SYABAS SAUDARA. PANDANGAN YANG JUJUR DAN MATANG

Dot said...

di negara kita ni, terutama di serambi mekah ni, ramai orang yg memang suka membangkang walaupun kpd perkara yg membawa kebaikan kpd negara. makanan penuh mulut pun masih lagi nak maki hamun kerajaan. kalau tak percaya pergila ke kedai2 makan, gerai2 yg selalu dikunjungi oleh puak2 penyokong pembangkang! masa menyuap makanan, masa tengah hirup minuman, masa tu lah mrk tetap menyumpah seranah kata barang2 mahal, itu payah, ini susah..
padahal mrk yg malas. bini2 mrk yg bersusah payah cari makan utk keluarga. mrk hanya tahu berbual kosng hal politik & mintak makan!!!

aku tak kata semua tapi ramai jugakla yg aku tahu & selalu terserempak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...