Sunday, June 2, 2013

BILA KERAMAT UMNO BANGKIT, PUAKA WAJIB LARI !!


DARI DULU LAGI ORANG KATA UMNO INI PARTI KERAMAT. BAYANGKAN UMNO PERNAH PEGHAMBAT BRITISH KELUAR DARI TANAH MELAYU TANPA BANYAK MASALAH.

BAYANGKAN UMNO UNTUK BEBERAPA LAMA DAPAT MENGEPALAI PEMERINTAHAN NEGARA MAJMUK YANG UNIK INI TANPA SESIAPAPUN PERLU BERUBAH MENJADI ORANG LAIN.

BAYANGKAN BETAPA UMNO BOLEH BERTAHAN MENGHADAPI ORANG ORANG YANG SANGAT RASIS, JAHAT DAN PENUH DENDAM MACAM KIT SIANG, KARPAL SINGH.

KERAMAT UMNO INI TERBUKTI SEBENARNYA. TENGOK APA JADI PADA KU LI. DERHAKA, LARI KEMUDIAN MASUK BALIK SEKADAR JADI AHLI PARLIMEN BIASA SEDANGKAN POTENSINYA SETARA PRESIDEN PARTI SATU MASA LALU.

TENGOK APA JADI PADA NUAR BRAHIM. DERHAKA, LARI DAN AKHIRNYA MENJADI GILA. PERCAYALAH KEPADA AKU, NUAR BRAHIM MEMANG DAH GILA !

SEBAB KERAMAT UMNOLAH AKU FIKIR ORANG ORANG YANG SEBENARNYA BERHATI PUAKA TAK AKAN TAHAN LAMA DALAM UMNO. LIHAT APA SEDANG BERLAKU SEKARANG.

SEKARANG NI ORANG SEDANG BERCAKAP TENTANG PENASIHAT DAN PEGAWAI DS NAJIB YANG MENGUASAI IBU PEJABAT UMNO.

ORANG SEDANG BERCAKAP TENTANG DATUK RAOF, ORANG BERCAKAP TENTANG DATUK KHALID MOHD BEKAS PENGARANG UTUSAN, ORANG BERCAKAP TENTANG DATUK FARID RIDZUAN.

ORANG SEDANG MEMANTAU TENTANG MANIPULASI JUTAAN RINGGIT OLEH ORANG ORANG INI YANG TERBUKTI TERANG, NYATA GAGAL SAMA SEKALI MEMBANTU DS NAJIB DALAM PRU 13.

ORANG MULA BERTANYA KENAPA POSTER DAN BANNER LAMBAT SAMPAI KE PUSAT DAERAH MENGUNDI ( PDM ). ORANG MULA BERTANYA KENAPA T SHIRT, AIR MINERAL, BISKUT LAMBAT SAMPAI KE CAWANGAN CAWANGAN.

ORANG MULA PERTIKAI KENAPA ADA BENDERA PARTI HANYA SAMPAI KE CAWANGAN PADA MALAM NAK MENGUNDI. KENAPA LEMAH SANGAT UMNO NIH?

ANAK MUDA GHAIRAH NAK GANTUNG POSTER, NAK GANTUNG BANNER. BENDANYA BELUM SAMPAI !

RUPA RUPANYA BARU DIKETAHUI SEGALA MACAM 'ALAT PERANG' UMNO/BN INI DIBEKALKAN OLEH ORANG ORANG  YANG MELAKUKAN MONOPOLI 100%.MELALUI SYARIKAT DAN KONSULTAN MEREKA.

SETIAUSAHA KERJA UMNO DIKATAKAN TELAH MENGERJAKAN UMNO!

ORANG KAMPUNG PATAH HATI, KECEWA. TENAGA KERJA UMNO DI KAMPUNG RASA MACAM KULI BATAK. BUAT KERJA LAST MINIT SEBAB BAHAN GAGAL DIBEKALKAN.

BENDA YANG SAMA BERLAKU SEJAK PRU 12. ORANG UMNO RASA MACAM BUDAK BODOH...DISURUH TUNGGU BARANG, BARANG TAK SAMPAI SAMPAI. BILA SAMPAI T SHIRT, SAIZ BUDAK DARJAH ENAM !

BISKUT YANG SAMPAI DI PDM DAH EXPIRED ATAU BEBERAPA HARI LAGI NAK TAMAT TEMPOH.

RUPANYA ADA ORANG BUAT DUIT BERJUTA JUTA DENGAN MEMPERDAGANGKAN UNTUNG NASIB UMNO !

INILAH PUAKANYA..INILAH YANG ' KERAMAT ' UMNO KENA HALAU KELUAR DARI KERANGKA UMNO!

INI CABARAN TERBESAR DS NAJIB BUAT MASA INI. BERSIHKAN UMNO DULU DARI ORANG ORANG YANG LANGSUNG TAK KASIH KEPADA PARTI DAN DAH TENTU TAK KASIH LANGSUNG KEPADA DS NAJIB SELAKU PEMIMPIN TERTINGGI.

INI KEWAJIPAN DS NAJIB. USAH CAKAP TENTANG TRANSFORMASI, INTERGRITI DAN KETELUSAN JIKA DALAM 'BILIK SULIT UMNO' SENDIRI KETELUSAN TIDAK BERLAKU.

INI TUNTUTAN ORANG UMNO TERBANYAK. ORANG UMNO KASIH DATUK SERI. SEBAB ITU ORANG UMNO  MAHU APA JUA YANG BOLEH MEROSAKKAN DATUK SERI WAJIB DIHAPUSKAN.

INILAH KERAMAT UMNO. KEJAHATAN, KERAKUSAN AKHIRNYA TERDEDAH JUA. INI MASANYA, INI DETIKNYA.

KITA NAK SARANKAN PENYELEWENGAN DAN MANIPULASI INI DIHENTIKAN SERTA MERTA. USAH GUNA SEBARANG ALAT UMNO UNTUK ATASI CABARAN INI. TAK PAYAH BENTUK JK PENYIASAT.TAK PERLU.

KITA MAHU SPRM MENGAMBIL ALIH PERKARA INI. PENYELEWENGAN MELAMPAU INI BUKAN SOAL POLITIK. INI PERSOALAN UNDANG UNDANG.

ADA ORANG DAH GUNAKAN KEDUDUKAN MEREKA UNTUK JADI KAYA RAYA DAN UMNO SERTA PEMIMPINNYA HAMPIR TERKUBUR!

AYUH DATUK SERI, JIKA DATUK SERI BERJAYA KALI INI PERCAYALAH UMNO AKAN BANGKIT LEBIH KUKUH DAN UTUH SELEPAS INI MENDEPANI CABARAN BARU !



11 comments:

Anonymous said...

Tuan LunCai,
Ahli umno di desa dan kota menyumbang kudrat dan keringat kerna kewangan terhad. Tetapi makhluk perosak di ibupejabat berladang di atas airmata mereka ibarat musibat. S/U kerja yg tiada kelayakan dan ilmu pentadbiran disusup masuk ke dalam ibu pejabat sebagai punahsihat. Onarnya maha hebat, sehingga dihalau mcm anjing sebagai ketua pegawai khas kpd ds hishamuddin di kementerian pelajaran. Tak pecaya sila siasat!

Anonymous said...

Raop ni tembus ke dlm rangkaian ds najib melalui alies anor. dua2 kaki duit. sblum tu raop kena pecat sebagai ketua pegawai khas ds hishamuddin hussein di kementerian pelajaran ade kes besar sampai polis datang beb!

Anonymous said...

Rakyat sayang datuk najib. ini adalah benar. Sebab itu rakyat mahu datuk najib tegas membetulkan keadaan. Jika datuk najib tidak betulkan keadaan maknanya datuk najib tak akan bertahan lama.

Anonymous said...

SEKIRANYA STUASI INI MASIH LAGI BERTERUSAN KITA SEMUA TIDAK AKAN TERPERANJAT JIKA BERLAKU KEPUTUSAN YANG DILUAR JANGKAAN PADA PRU14.....

DATO SERI PM & TPM PERLU MELIHAT PERKARA INI DENGAN SERIUS.......

Anonymous said...

Kita mahu mereka ini diadili. Ini bukan politik, ini masaallah melanggar undang undang. Mana pegi SPRM? Mana KP baru yang dikata tegas dan berani. Inilah masa tolong Najib.

Anonymous said...

Memang benar. Puak puaka yang ada dalam inner circle pm ni kena dibersihkaan. Kaki ampu byk sgt tapi apa hasil kempen penjanamaan semula jpm yg jutaan ringgit tu. Dato Sri FR gila glamour tu suruh dia letak jawatan je la kalau dia masih bermaruah. What has he done? Nothing! Kalau benar dia ni pakar branding xkan pm kita malu sampai lagu ni kot.

Dato K yg kononnya menjadi pengarah NCT PM pun dok buat apa......katanye manifesto bn yg dicetak oleh utusan sebanyak 7 juta naskah berharga sampai rm12.80 satu sedangkan utusan hanya dibayar rm1.39 saja satu. Nape lak utusan sebagai syarikat umno linked company x dpt kontrak ni terus dari umno. Apa hal lak syarikat azman awaldin iaitu zeal hitech sdn bhd yg dpt kemudian sub pula ke utusan. Sape yang dok buat duit ni? SPRM KENA SIASAT. Abu Kasim pun baru dapat tan sri bior le kerja lebih sikit.

Anonymous said...

Ini semua baru permulaan. Kalau dibiar puak puak ini depa akan jadi barah yang mereputkan umno.

bukan di pusat saja. di negeri pun sama. Aku dengar Selangor, Perak yang kuat sangat main konsultan ni. Eloklah buat pembetulan. Rakyat tengok benda ni..benci depa! Rakyat nak tengok jugak SPRM punya peranan. Dah balun Khir Toyo yang lain dok biar bebas.

Anonymous said...

INI SURAT SAYA KEPADA KETUA PESURUHAJAYA SPRM.

Assalammualaikum Tan Sri Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Saya adalah kakitangan ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. Bos saya Azman Awaldin bersama rakan kongsi dia Jacqualine dan seorang lagi rakan mereka telah mendapat kontrak percetakan manifesto BN untuk PRU13 yang lalu.
Tidak ada apa apa yang pelik kalau mana-mana syarikat dapat kontrak secara telus tetapi cuba Tan Sri bayangkan, YAB Dato Sri Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberikan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada Utusan. Logiknya lah kerana Utusan merupakan UMNO linked company dan PM dengan kemuliaan hatinya nak tolong Utusan sebab Utusan ini bukan untung sangat pun.
Tetapi apa yang terjadi, syarikat tempat saya kerja ini di handpicked directly oleh Dato’ Raof dan kuncu-kuncunya seperti Dr. Zuraidi Ishak dan Sdra Nor Azwan Aziz dari Ibu Pejabat UMNO dan menyerahkan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD.
Bukan setakat itu sahaja, Dato Khalid mantan ketua pengarang Utusan Melayu yang sekarang ini merupakan pengarah Kumpulan Komunikasi Nasional atau NCT yang bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ehwal media Perdana Menteri juga telah terlibat sama merencanakan pemberian kontrak ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD.
Dan di pejabat PM pula Dato’ Sri Farid Ridwan juga berperanan menyakinkan pihak-pihak yang terlibat dalam sandiwara ini. Barang tentu, Utusan akan mempercayai kata-kata mereka ini yang semuanya berada rapat di inner circle PM dan apa yang mereka kata, pastinya pihak UTUSAN mempercayainya sebagai kata-kata PM.
Maka terjadilah sandiwara buku manifesto BN ini. Saya hanya menyedari perkara ini kerana baru baru ini saya diminta oleh bos saya untuk menyiapkan tutntutan sebanyak hampir RM 90 juta kerana kerja-kerja mencetak manifesto BN untuk PRU13 lalu. Setahu saya, syarikat kami tidak ada lessen percetakan yang diluluskan oleh KDN.
ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. menuntut sebanyak RM12.83/naskah x 7 juta naskah yang dicetak.


Sedangkan, apa yang dibayar kepada Utusan hanyalah RM1.17/naskah x 7 juta naskah yang hanya berjumlah tidak sampai pun RM10 juta.
Seperkara lagi, berapalah sangat gaji sebagai pengurus atau pengarah bahagian di ibu pejabat UMNO sehinggakan konco-konco Dato’ Raof ini berupaya membeli rumah tunai dan renovate rumah mereka dengan jumlah tiga kali ganda harga rumah berkenaan. Sila dapatkan maklumat mengenai rumah Dr. Ruzaidi Isyak dan Nor Azwan Ali. Apa kah mereka-mereka ini tidak tertakluk dengan perintah pengistiharaan harta.
Soalan saya,
1. Kenapa ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD mendapat kontrak tersebut tanpa pun ada lessen percetakan seperti yang ditetapkan oleh KDN?
2. Mengapa Utusan tidak dapat kontrak berkenaan secara direct dari UMNO?
3. Siapa sebenarnya di belakang ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD sehingga berlaku pengkhianatan terhadap Perdana Menteri ke tahap ini?
4. Siapa yang mendapat habuan lebihan RM80 juta itu
Ini satu pengkhianatan terhadap YAB Perdana Menteri. Mereka yang sangat-sangat dipercayai sudah menjadi “harapkan pagar, pagar makan padi’. Ini mesti dihapuskan kerana mereka semua ini adalah gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.
Surat ini dihantar dengan hasrat supaya satu siasatan oleh SPRM dilakukan dan Tan Sri juga mesti melaporkan hal ini kepada YAB PM. Semua penasihat beliau tidak ubah seperti penasihat 25% dalam cerita P. Ramlee yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan.
Sekian, terima kasih
HAMBA ALLAH YANG PRIHATIN DAN ANTI RASUAH

Anonymous said...

TAN SERI ABU KASIM,

AYUH APA LAGI DITUNGGU. RAKYAT SEDANG MEMERHATI USAHA USAHA MENEGAKKAN KEBENARAN DILAKSANAKAN!

Anonymous said...

Saya cadangkan:
1. ahli2 umno akar umbi membuat laporan kpd sprm
2. didedahkan makluk2 perosak ini azman awaldin, jaqueline, farid rizwan, dr ruzaidi dsb
3. skandal ini ditimbulkan dlm perhimpunan agung umno

Anonymous said...

ahli2 umno yg puluhan tahun setia menyokong umno apa dapat? malaon2 ni yg berpeluang mendampingi dan mempesona pemimpin juga yg kaya raya dan senang lenang. tak heranle makin ramai ahli umno pun dah meluat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...