Tuesday, February 18, 2014

LANGSUIR SERANG KAMPUNG !


Beberapa buah kampung di Jerteh , Terengganu gempar apabila ada penduduk terserempak dengan langsuir terbang sambil mengilai.

Cerita tentang kewujudan langsuir ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk. Bahkan kebanyakan penduduk tak berani keluar malam sebab nak elakkan terserempak dengan hantu ini.

Penduduk yang melihat sendiri hantu ini menggambarkan makhluk ini tingginya separas pinggang orang dewasa, berambut panjang, ada dua taring di bibir bawah dan badannya menampakkan daging...

Yang tak syoknya hantu ini akan mengilai sambil terbang di udara.
Pengasas Pusat Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah, Abdul Malik Lazim Al Azhari berkata hantu memang wujud. Ia adalah jelmaan jin yang diberikan pelbagai nama oleh orang Melayu.

Tiada manusia boleh lihat wajah jin sebenar tapi Allah bagi jin peluang untuk bertukar wajah.

He..he.. korang janganlah risau pulak. Maklumat terkini yang aku dengar langsuir ini dahpun ditangkap oleh seorang pengamal perubatan tradisional. Empat ekor semuanya...

Kata ustaz, banyakkan baca Al Quran, mudah mudahan benda benda gini tak ganggu kita...


2 comments:

Anonymous said...

Trgganu ni hebat ceretenya. Mcm2 ada. Tanya je apa semua cerete ada

Anonymous said...

Sebenarnya langsuir itu juga mengganggu penduduk sekitar Pasir Puteh Kelantan.

Kah kah kah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...