Wednesday, June 3, 2015

YANG LEMBIK SUDAH, YANG KERAS ?

KUALA LUMPUR 1 Jun - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin hari ini menyatakan persetujuan ke atas penyelesaian isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan meletakkan syarat diatas sokongan itu.

Menurut Naib Presiden UMNO itu, tiga syarat harus dipatuhi 1MDB untuk terus mendapat sokongan menteri kabinet.

"Pertama, Pelan Rasionalisasi; kedua, urus tadbir yang baik dan akautabiliti bagi pihak yang bersalah.

"Ketiga, transparensi dalam kesemua hal berkaitan perkara 1 dan 2," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyarankan kepada mana-mana ahli kabinet yang tidak bersetuju dalam isu 1MDB untuk meletakkan jawatan.- RN

Ulasan

Menjelang Pemilihan UMNO 2013, DS Hishammuddin kena belasah teruk. Dikatakan lembik dan lemah kerana meminta maaf berkaitan isu menghunus keris.

Pada ketika itu tak ada orang bela beliau padahal permohonan maaf itu adalah arahan MT UMNO. Labelling ' lembik ' ini hampir hampir menjatuhkan beliau.

Rupa rupanya orang lembik ini yang konsisten dalam isu 1MDB. Sajalah aku nak bertanya, yang keras selama ini pergi mana ?

7 comments:

Anonymous said...

Yang keras dah terbenam

Anonymous said...

Aku puji DS Hishammuddin. Tak tunggu lama untuk nyatakan pendirian.

Anonymous said...

Betul, tak macam Anak Bapak Mukhriz Pondan... Majoroti gay botak, harap mukhriz tak gay lah..

Anonymous said...

AKU TAK SETUJU DARI DULU LAGI BILA KATA HISHAM NI LEMBEK SEBAB AKU IKUTI PERKEMBANGAN DIA. INI MAINAN DALAM UMNO SENDIRI. BENDA NI LAH KENA PERBAIKI. JANGAN KERANA PERTANDINGAN KITA JATUHKAN KAWAN KAWAN SENDIRI .

Anonymous said...

Sama sama berpakat. Salah betulkan. Selamatlah umno

Anonymous said...

Petua nak bertahan kita jangan perlekeh kawan. Burukpun kawan kita juga.

Anonymous said...

Hisham ni bakal PM insyaallah. Asalkan dia tak berubah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...